suria

Lisdawati dalam proses cari jalan pulang, ibadah haji banyak belajar tentang diri sendiri

Lisdawati merasai pelbagai perubahan sejak menunaikan ibadah haji.

PELUANG menunaikan ibadah haji baru-baru ini banyak mengubah diri dramatis Lisdawati ke arah lebih baik.

Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 45, berkata, dia kembali ke tanah air dalam keadaan lebih tenang selain positif tentang kehidupan berbanding sebelum ke Tanah Suci Makkah.

"Alhamdulillah walapun cuaca dekat sana panas tapi saya balik dalam keadaan sihat. Perubahan itu memang ada tapi saya rasa biarlah ia menjadi perkara peribadi.

Lisdawati

Antara pengalaman Lisdawati semasa di Tanah Suci Makkah.

"Cuma sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke Makkah, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang diri saya sendiri.

"Kalau sebelum ini apa yang berlaku saya mudah menangis tapi sekarang hati saya cepat reda," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fauzi Nawawi sedih isteri tunai haji, tak pernah berjauhan lama... Sebak dengar pesanan Lisdawati

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan nak malukan tapi tiada cara lain” - Lisdawati dedah jadi mangsa sindiket 'tender palsu'

Isteri kepada aktor Fauzi Nawawi ini juga mengakui ada berdepan pelbagai ujian ketika di Tanah Suci Makkah namun semuanya dilalui dengan tenang serta sabar selain meletakkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Lisdawati yang pulang ke tanah air awal Julai lalu memberitahu dia kini sedang menuju perubahan lebih baik.

"Menunaikan ibadah haji melalui Muassasah Tabung Haji, ujian dia lebih sikit berbanding melalui pakej swasta.

Snapinsta.app_349067981_908005796956202_3311929833438769843_n_1080

Lisdawati lebih positif dan reda selepas pulang dari Tanah Suci Makkah.

"Bagi saya ibadah haji ini sebenarnya berat bukan sekadar pergi dan pulang sebaliknya ia proses membuka lembaran baru dalam kehidupan.

"Jadi saya sekarang macam dalam proses mencari jalan pulang... dunia tetap ada sebab saya ada keluarga cuma saya seimbangkan.

"Disebabkan itu juga mungkin saya rasa lebih tenang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain