suria

Tahap kesihatan pelakon cilik Puteri Rafasya makin buruk, ibu kesan keluar cecair merah seperti darah

Puteri kini menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah.

TAHAP kesihatan pelakon cilik Puteri Rafasya, 12, dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik apabila ibunya, Fatin Aliza Salmi memaklumkan terdapat cecair berwarna merah seperti darah dikesan ketika menukar lampin anaknya itu.

Menurut Fatin, 33, Puteri yang masih menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur perlu menjalani pemeriksaan lanjut daripada pakar untuk mengetahui punca keluarnya cecair merah itu.

"Malam tadi ada macam darah sikit keluar yang kita tidak tahu daripada mana. Kami kena tunggu pakar pula nanti.

puteri1 - 1

Puteri yang masih terlantar sakit di hospital.

"Sebelum ini saya maklumkan Puteri kencing tanpa rasa kerana masalah saraf, tapi malam tadi saya tukar lampin pakai buang dia dan lihat ada cecair coklat kemerahan.

"Buat masa ini saya tidak pasti sama ada ia darah atau najis ke tapi dia tak buang air besar atau pun daripada air kencing," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang pinggul pelakon cilik Puteri Rafasya retak jatuh di lokasi penggambaran, terpaksa pakai lampin

ARTIKEL BERKAITAN: "Lakonan dan disiplin lebih bagus daripada segelintir pelakon dewasa"- Beto Kusyairy puji bakat pelakon cilik

Pada 3 Mac lalu, Puteri dimasukkan ke HTA selepas mengalami kebas kaki dan cedera pada bahagian tulang pinggul.

Dalam perkembangan lain, Fatin memberitahu Puteri masih tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengiringkan badan ke kanan atau ke kiri.

"Menurut doktor, perkembangan Puteri sekarang bukan satu perkembangan yang baik kerana dia nampaknya semakin teruk.

"Selepas 19 hari, dia masih lagi tidak boleh berjalan. Kalau normal patutnya dalam seminggu dua dah boleh berjalan.

Sebelum ini Puteri kencing tanpa rasa kerana masalah saraf, tapi malam tadi saya tukar lampin pakai buang dia dan lihat ada cecair coklat kemerahan.

FATIN ALIZA

IBU PUTERI RAFASYA

"Puteri tak boleh bergerak langsung, paling-paling pun dia boleh ke kiri ke kanan. Dia tak boleh baring secara lurus. Keadaan sekarang makin teruk ni, bukan makin baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Fatin memberitahu anaknya kini tidak seceria dulu, lebih-lebih lagi Puteri sebelum ini merupakan seorang kanak-kanak yang aktif.

"Dia masih macam itulah. Saya terpaksa bagi dia gembira. Alhamdulillah, dia nak makan tapi kurang sikitlah.

"Siapa tak sedih orang lahir-lahir normal tiba-tiba jadi macam ni. Lagi pun, dia seorang yang aktif. Dia main ATV dan dalam perancangan untuk buat lesen menyelam.

"Sekarang ni segala job sampai bulan Jun terpaksa saya tolak kerana melihatkan keadaannya sekarang," jelasnya.

Sementara itu, Fatin memberitahu dia bakal mengadakan pertemuan dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pihak produksi dan keluarga kanak-kanak yang telah menyebabkan anaknya kemalangan di set penggambaran itu.

"InsyaAllah esok saya akan bertemu dengan pihak-pihak terlibat bagi menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini, saya tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada keluarga si pelaku.

puteri2 - 1

Puteri sebelum ini merupakan seorang yang periang dan aktif.

"Esok tengoklah macam mana, saya sebenarnya sudah ada keputusan untuk dibuat tetapi saya tidak boleh kongsikan sekarang," katanya.

Pada 22 Februari lalu, Puteri yang sedang berlatih salah satu adegan dalam drama Jaga Aku Selamanya berdepan kecederaan selepas kerusinya ditarik oleh seorang kanak-kanak tidak dikenali.

Puteri jatuh terduduk dan tidak boleh bergerak selain kakinya tidak boleh diluruskan.

Untuk rekod, Puteri pernah membintangi beberapa buah drama drama popular termasuk Rindu Awak Separuh Nyawa, Derita Untuk Bahagia, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Vila Ghazara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain