suria

Kantoi kaut 67,000 pengikut selindung sebalik nama Elfira Loy, pemilik TikTok tukar ‘username’

Elfira Loy memberitahu bahawa dia tidak mempunyai akaun TikTok

PELAKON Elfira Loy berang gara-gara terdapat individu tidak bertanggungjawab membuka akaun palsu menggunakan namanya di aplikasi TikTok.

Elfira menafikan akaun TikTok berkenaan miliknya malah tidak pernah mempunyai sebarang profil di laman sosial popular berkenaan.

Lebih mengecewakan, pihak yang menggunakan namanya itu bagai menangguk di air keruh dengan mengulang siar video daripada Instagram miliknya bagi mendapat perhatian pengikut.

Akaun TikTok palsu ini dikesan telah menukar nama

"Saya diberitahu ada individu yang menyamar menjadi saya dan membuka akaun TikTok.

"Individu itu ambil video dari akaun Instagram saya dan membuat unggahan di aplikasi Tiktok," tulisnya

ARTIKEL BERKAITAN: Tersenyum ketika bersalin buat netizen kagum, Elfira Loy dedah tip meneran daripada bidan

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy masuk hospital kerana stres... sukar bernafas masa solat dan rasa dunia berputar

Dalam pada itu, pelakon filem Di Sebalik Kasyaf turut meminta peminat dan orang ramai untuk membuat laporan kepada akaun itu.

"Tolong report akaun palsu itu sebab saya memang tiada Tiktok," tulisnya.

Akaun palsu itu juga dikatakan menukar nama dan berjaya mendapat 67,000 pengikut dan 639,000 tanda suka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain