suria

Kelly Azman tak peduli netizen kecam, impi ‘Dustakan Cinta’ berentap di AJL

Kelly Azman impi beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.

PENYANYI dan pengacara Kelly Azman memasang impian single terbaharunya, Dustakan Cinta dapat berentap dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang.

Kelly, 45, berkata, meskipun sedar cita-citanya itu dipandang sinis netizen namun ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk tetap meneruskan karier dalam bidang muzik.

"Single pertama saya tidak menjadi maka ini adalah pertaruhan untuk ke pentas AJL. Saya harap produser program Muzik-Muzik pertimbangkan karya saya untuk diberi peluang tercalon.

kelly1 - 1

Kelly ketika ditemui pada sidang media.

"Saya tahu memang netizen akan kecam, tetapi saya sudah tidak ambil peduli. Paling penting, saya dapat peluang itu," katanya.

Kelly berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Dustakan Cinta ciptaan bersama Mohariz Yaakup itu yang diadakan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman percaya pada bakat, tak patah semangat demi peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa tiket konsert Lah Ahmad habis terjual kurang 24 jam, minta tambah tarikh persembahan

Bercakap soal kecaman, Kelly mengakui sebelum ini dia seorang yang emosi apabila membaca kritikan netizen namun disebabkan sering menjadi sasaran dia sudah tidak kisah akan perkara berkenaan.

Malah kini dia mampu ketawa apabila membaca komen netizen malah menganggap ia sebagai hiburan.

"Mula-mula dulu bila baca komen netizen saya sangat emosi, saya lawan mereka semula (ketawa).

"Tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kisah jika ada yang menghentam apa sahaja yang saya lakukan," ujarnya.

kelly2 - 1

Kelly tidak kisah terima kecaman netizen.

Sementara itu, Kelly meletakkan harapan tinggi terhadap single terbaharunya itu dan berharap ia membawa tuah kepadanya.

Malah penyanyi itu berharap pendengar akan memberi reaksi positif kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang proses rakaman lagu berkenaan.

"Seperti penyanyi-penyanyi lain, saya juga mengharapkan lagu ini berada ke tahap yang lebih tinggi, tetapi ia bergantung kepada tuah dan peluang.

"Saya mengharapkan lagu ini diberi peluang dalam industri untuk saya pergi lebih jauh," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain