suria

Peminat kecewa tiket konsert Lah Ahmad habis terjual kurang 24 jam, minta tambah tarikh persembahan

Tiket konsert Lah V.E habis dijual kurang tempoh 24 jam.

BELUM pun sampai tempoh 24 jam, tiket konsert penyanyi Lah Ahmad, 25 Years Lah Ahmad Live In Concert dilaporkan sudah habis terjual.

Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, 42, meluahkan rasa syukur apabila konsertnya itu mendapat sambutan hangat peminat.

"Alhamdulillah, Sold out! Dalam masa 24 jam. Syukur Alhamdulillah!" tulisnya di Instagram.

Penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli tiket konsert berkenaan dan memberitahu peminat yang tidak dapat membeli supaya jangan bersedih.

lah1 - 1

Ramai peminat kecewa tidak sempat membeli tiket konsert Lah.

"Terima kasih semua yang sudah membeli tiket semalam dan hari ini. InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.

"Pada yang tidak dapat membeli tiket konsert, jangan bersedih. Insya Allah ada rezeki lain kali," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad hormat kelantangan Damian Mikhail kritik V.E. tapi jangan sampai hentam!

ARTIKEL BERKAITAN: GV9 jadi pentas VE lepas geram, ucap terima kasih kalau ada anggap mereka saingan hebat

Dalam pada itu, ramai peminat yang meninggalkan komen kecewa kerana tidak sempat membeli tiket konsert Lah.

Malah ramai memberi cadangan agar pihak penganjur menambah tarikh baharu konsert tersebut.

"Buka slot baharu please.

"Boleh tak buat konsert dua hari? Tak sempat nak grab.

"Allahuakbar, baru nak beli dah sold out. Tahniah bro.

"Tambah lagi please. Nak beli website asyik hang," tulis netizen.

lah2 - 1

Penyanyi R&B ini bakal mengadakan konsert pada Januari tahun depan.

Untuk info, Konsert 25 Years of Lah Ahmad bakal berlangsung di Stage 1 Theater, PJPac, 1 Utama pada 28 Januari 2023.

Konsert itu diadakan bagi meraikan dirinya menceburkan diri dalam bidang muzik, selain bakal menyanyikan 20 buah lagu termasuk karya yang pernah popular bersama kumpulan V.E.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM120 sehingga RM330.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain