suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiket sold out dalam tempoh sejam, peminat teruja tunggu gabungan 4 vokalis Dewa 19 di KL

Tiket konsert Dewa 19 habis dijual dalam tempoh satu jam.

TIDAK sampai sejam, tiket Konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 di Kuala Lumpur habis terjual sehingga membuatkan ramai peminat melahirkan rasa kecewa tidak dapat membuat tempahan.

Sambutan luar biasa itu menunjukkan peminat teruja menantikan kehadiran kumpulan legenda Indonesia itu di Kuala Lumpur pada 10 September depan.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM148 hingga RM488.

Istimewanya dalam konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil berkenaan akan menampilkan kesemua empat vokalis yang pernah menganggotai Dewa 19.

dewa 2

Istimewa di KL, semua vokalis Dewa 19 akan bergabung.

Justeru, peminat dapat menyaksikan persembahan mantap daripada Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello selain Ahmad Dhani yang menjadi tulang belakang kumpulan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewa 19 tampil dengan aplikasi muzik, boleh karaoke dan muat turun lagu eksklusif

Dalam konsert jelajah kali ini, Dewa 19 mengadakan persembahan di 30 buah lokasi termasuk Kuala Lumpur dan akan menyanyikan 30 lagu-lagu popular mereka sebagai simbolik tiga dekad dalam industri.

Ahmad Dhani sebelum ini memberitahu, dalam senarai lagu-lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah atau jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain