suria

Kisah Hantu Raya Pergi Perang, siri original kedua sooka dan drama terakhir arwah Adibah Noor

Hasliza dan Alak (kanan) kongsi kenangan kali terakhir bekerjasama dengan Adibah Noor. 

PENGAMBARAN drama Hantu Raya Pergi Perang meninggalkan pelbagai kenangan buat dua pengarahnya iaitu Wan Hasliza dan Wan Alak kerana ia merupakan kali terakhir mereka bekerjasama dengan Allahyarham Adibah Noor yang meninggal dunia pada 18 Jun lalu akibat kanser.

Mengimbau kenangan itu, Hasliza berkata, Adibah tidak pernah menceritakan penderitaan ditanggungnya malah enggan namanya digugurkan daripada senarai pelakon meskipun berada dalam keadaan kurang sihat ketika awal penggambaran yang dijalankan pada April lalu.

"Apa lebih mengagumkan arwah hafal semua skrip dengan baik malah sanggup memandu sendiri ke lokasi yang jauh meskipun kesihatannya kurang baik.

"Pernah sekali, Adibah maklumkan mahu datang ke lokasi selepas menjalani pembedahan tetapi kami nasihatkan supaya berehat. Memang sedih dengan pemergian arwah kerana ini adalah karya terakhir kami bekerjasama," katanya kepada mStar.

sooka 1

Antara pelakon Hantu Raya Pergi Perang.

Hasliza berkongsi kenangan bersama Allahyarham ketika majlis pelancaran drama tersebut yang berlangsung di RexKL, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hantu Raya Pergi Perang merupakan sebuah drama terbitan KL Motion dan menjadi salah satu kandungan original yang mula ditayangkan menerusi aplikasi sooka bermula 24 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dilamar Audi Mok rakam lagu, Hun Haqeem tangguh niat bergelar penyanyi kerana sikap pemalu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu ‘demand’ dan besar kepala! Rashidi Ishak dah biasa hadap artis bermasalah, enggan tegur secara terbuka

Selain Adibah, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Rashidi Ishak, Sharifah Sakinah, Syean Mokhtar dan Iman Corinne.

Hantu Raya Pergi Perang mengisahkan tentang Kadir, iaitu seorang penduduk Kampung Geliga yang membuat keputusan untuk mendapatkan hantu raya dari Pawangis lakonan Iman Corinne bertujuan untuk mengorat cinta hatinya Manisah yang dilakonkan oleh Sharifah Sakinah.

Siri sebanyak lapan episod itu juga mengetengahkan kisah masyarakat kampung yang masih berpegang kuat dengan kepercayaan kisah legenda hantu dan cerita rakyat di Malaysia.

Pernah sekali, Adibah maklumkan mahu datang ke lokasi selepas menjalani pembedahan tetapi kami nasihatkan supaya berehat.

WAN HASLIZA

PENGARAH

Sementara itu, bercakap mengenai inspirasi drama komedi seram ini, Hasliza memberitahu dia berharap tiada membandingkan karya itu dengan hasil kerja pengarah Allahyarham Mamat Khalid yang sememangnya terkenal dengan genre itu.

Menyifatkan karya Mamat tiada bandingan, Hasliza sebaliknya berkata, dramanya itu banyak merujuk filem-filem dari Thailand seperti Pee Mak.

"Kami sangat suka dengan filem arwah Mamat Khalid dan bagi menghormati karya beliau, rasanya tidak perlu kami tampil dengan sebuah drama sama sepertinya. Sebab itu kami lebih banyak rujuk kepada filem genre seram komedi dari luar negara.

“Dari segi pemilihan pelakon pula, kami mengambil mereka yang versatil. Kalau kita lihat barisan pelakon, mereka mampu membawakan watak komedi walaupun seorang pelawak” ujarnya.

sooka 3

Pengarah serta barisan pelakon Hantu Raya Pergi Perang bersama Emarina Kamal, Ketua Rancangan sooka dan Hilda Juliana, Ketua Pemasaran dan Komunikasi sooka

Penonton boleh menikmati Hantu Raya Pergi Perang dengan melanggan pelan VIP TV sooka, yang ditawarkan melalui kolaborasi bersama jenama-jenama seperti Samsung, LG, Sharp dan Sony di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi sooka melalui model televisyen pintar (Smart TV) terpilih daripada jenama-jenama tersebut.

Lebih menarik lagi, dengan harga serendah RM42.50 sebulan, pelanggan-pelanggan baharu VIP TV dapat menikmati potongan harga 50% untuk langganan pelan sooka VIP TV. Promosi ini bakal berakhir pada 31 Julai 2022.

Langganan pelan sooka VIP TV ini turut membuka akses kepada semua kandungan premium di bawah pelan VIP+Sports dan VIP Entertainment, untuk tontonan serentak satu smart TV serta dua log masuk peranti mudah alih.

Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tanpa komitmen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain