suria

Jenazah Adibah Noor selamat disemadikan dengan diiringi ratusan rakan dan penggiat seni

SUASANA pilu menyelubungi perjalanan terakhir Allahyarham penyanyi Adibah Noor yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.

Jenazah terlebih dahulu dibawa dari rumah keluarganya di Taman Keramat ke Masjid Al-Ansar sekitar pukul 9 pagi, Ahad.

Bapa kepada arwah iaitu Mohammed Omar juga berkesempatan masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor derita kanser ovari, baru selesai jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fazley Yaakob terkilan tak sempat tunai permintaan Adibah Noor... Masih ingat ayat ‘I'm not well my dear’ semasa GV8

adibah noor

Remy antara yang turut membantu dalam proses pengebumian jenazah Adibah Noor.

Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham sudah lama menghidap kanser ovari, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Kelihatan lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir mereka.

Antara rakan artis yang kelihatan ialah Remy Ishak, Linda Onn, Datuk M Nasir, Kudsia Kahar, Ziana Zain dan adiknya Anuar Zain, Suki Łów dan Nikki Palikat.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang beriman. Al Fatihah

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain