suria

Selepas Noki, Fadlan Hazim pula ditegur ‘belanja’ badan dalam drama… Pengarah Shuhaimi Lua tahu batas LPF!

Shuhaimi (kanan) bincang dahulu dengan pelakon sebelum rakam adegan buka baju.

DITUDUH sebagai pengarah yang suka menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam drama, pengarah Shuhaimi Lua menjelaskan setiap tindakan itu bukanlah dilakukan dengan segaja.

Menurut Shuhaimi, dia juga sudah berbincang dengan pelakon itu sebelum meminta mereka melakukan aksi sebegitu.

Shuhaimi juga menegaskan sebagai seorang yang berpengalaman, dia cukup faham dengan panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

ARTIKEL BERKAITAN: Noki turun berat badan 7 kg demi kerjaya lakonan, boleh ‘belanja’ jika diminta buka baju

“Ramai yang kata saya suka telanjangkan artis dalam drama. Sebenarnya tidak!

“Isu sebegini sepatutnya tak perlu timbul kerana apa yang dilakonkan adalah mengikut kesesuaian drama. Saya juga memberi pilihan kepada para pelakon untuk buka baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah.

“Saya tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh LPF. Jadi apa yang saya buat tidak melanggar peraturan badan tersebut,” katanya kepada mStar.

Saya juga memberi pilihan kepada para pelakon untuk buka baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah

SHUHAIMI LUA

PENGARAH

Shuhaimi mengulas perkara tersebut apabila nama penyanyi dan pelakon Noki menjadi bualan ramai gara-gara ‘belanja’ peminat dalam drama Oh My Hantaran sebelum ini.

Kemudian isu sama timbul apabila pelakon Fadlan Hazim pula melakonkan satu babak tanpa berbaju dalam drama terbaharu berjudul Chinta Arjuna.

Tidak pernah ambil peduli dengan komen netizen, Shuhaimi juga berharap penonton tidak cepat menilai sesebuah drama hanya kerana satu babak sahaja.

shuhaimi lua 3

Lakonan Noki mendapat perhatian ramai kerana dianggap sengaja tayang badan.

“Saya tidak terkesan dengan kata-kata netizen. Sepatutnya mereka lebih bijak mengkritik dengan menonton sesebuah drama secara keseluruhan. Bukan hanya dari satu babak sahaja.

“Jika ada yang melihat ia sebagai satu bahan marketing... terpulanglah. Pandangan penonton berbeza, ambillah pengajaran dari jalan cerita yang ingin disampaikan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shuhaimi Lua, Noki, Fadlan Hazim

Artikel Lain