suria

262 Kotak Infak Suria terjual, Suria FM bantu ringankan beban mualaf sambut raya

DJ Lin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Perkim.

SEBANYAK 262 kotak barangan untuk diinfak berjaya dijual Suria FM menerusi kempen Kotak Infak Suria yang dilancarkan pada 8 April lalu.

Hasil dari kutipan tersebut, satu majlis Pengagihan Kotak Infak Suria telah diadakan bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengisian mengimarahkan Ramadan, Suria FM ajak pendengar ‘Kumpul Pahala’

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Suria FM turun padang bantu mangsa banjir... Sebak tengok keadaan rumah dan kereta musnah dipenuhi lumpur

Menurut Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, program sebegini merupakan satu tanggungjawab sosial sekali gus dapat membantu golongan yang memerlukan untuk sama-sama menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kempen ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Suria FM kepada masyarakat khususnya dalam kemeriahan kita dalam menyambut hari raya yang akan tiba.

"Kami merasakan inisiatif ini sangat memberikan impak yang besar kepada golongan memerlukan agar mereka juga dapat nikmati bersama kemeriahan Syawal pada kali ini sekaligus dapat meringankan beban mereka," katanya.

kotak suria 2

Suria FM rancang kempen sebegini akan diteruskan.

Menerusi program tersebut, Suria FM menyantuni golongan mualaf di bawah jagaan Perkim dengan agihan sebanyak 160 Kotak Infak Suria serta sumbangan duit raya kepada 100 orang penerima.

Selain itu, Suria FM turut penyerahan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan itu.

Suria FM berterima kasih kepada semua yang sudi berinfak menerusi kempen ini

DJ LIN

PENGURUS BESAR SURIA FM

Dalam pada itu, DJ Lin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pendengar setia Suria FM yang sudi membuat pembelian kotak berisi sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer itu.

"Suria FM berterima kasih kepada semua yang sudi berinfak menerusi kempen ini.

kotak suria 3

Sarah Suhairi (kiri) dan Inteam turut memeriahkan majlis.

"Memandangkan banyak respons yang positif, InsyaAllah kempen seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang," ujarnya.

Program turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan nasyid Inteam dan penyanyi Sarah Suhairi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain