suria

Netizen bingit dengar lagu ‘Menjelang Hari Raya’ versi rock, Harry Khalifah kata tak suka boleh ‘skip’

Netizen tidak suka Khalifah menyanyikan lagu Menjelang Hari Raya berkonsepkan rock.

GARA-GARA mengubah susunan muzik lagu Menjelang Hari Raya kepada genre rock, nyanyian semula kumpulan Khalifah yang dimuat naik di Youtube pada Isnin menerima kritikan netizen.

Pemain gitar utama, Harry atau mesra disapa sebagai Apak menjelaskan dia menggubah muzik lagu tersebut mengikut kesesuaian suara vokalis kumpulan mereka iaitu Yabang.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Khalifah takut-takut sambut kelahiran anak kelapan, pertama kali teman isteri masuk bilik bersalin

Bagaimanapun, Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Muhammad Redzwan memohon maaf kepada pendengar yang tidak dapat menerima versi tersebut.

Apak 1

Lagu Menjelang Hari Raya nyanyian semula Khalifah kini trending.

"Macam ini, dah nama lagu cover. Kita buat la ikut cara kita. Saya ubah dan susun muzik lagu itu mengikut kesesuaian suara vokalis. Mana ada kumpulan rock tak menjerit.

"Bila dah kata kumpulan rock, mestilah lagu pun kena berkonsepkan rock, mestilah akan ikut cara kita. Macam tempah baju juga, mesti ada design yang kita nak.

"Macam itu juga dengan lagu Khalifah, saya ubah dengan cara rock sesuai dengan kami. Kalau tak boleh terima, saya minta maaf," kata Harry ketika dihubungi mStar.

Bila dah kata kumpulan rock, mestilah lagu pun kena berkonsepkan rock.

HARRY KHALIFAH

PEMAIN GITAR & KOMPOSER

Sebelum ini, Harry menerusi laman Instastory miliknya memuat naik paparan skrin komen netizen yang kurang senang dengan lagu nyanyian semula kumpulan itu.

Menurut individu tersebut, lagu nyanyian asal Datuk DJ Dave itu terlalu bingit untuk didengari dan tidak sesuai untuk sambutan hari raya.

"Sakit telinga dengar lagu raya macam ini. Lagu raya elok-elok, aduh jem," komen individu tersebut.

Apak 2

Apak harap netizen dapat hormat karya orang lain.

Dalam pada itu, Harry berpendapat pendengar perlu terima perubahan muzik sekarang selain menghormati setiap hasil karya yang ada.

"Bagi saya, muzik zaman sekarang dah ada macam-macam gaya. Kita kena terima hakikat dengan perubahan muzik. Walaupun tak suka, tapi hormatlah hasil karya orang lain.

"Mungkin jiwa muzik berlainan tapi jangan la sampai kutuk karya orang lain. Kalau tak suka, skip saja. Macam saya pun ada citarasa muzik yang berbeza.

"Kalau saya tak suka genre lagu itu, saya skip saja. Saya tak ada nak kutuk hasil karya orang. Jadi, hidup ini kenalah saling menghormati," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain