suria

Lirik lagu 'miskin hina' bukan maksud nak kutuk, ini penjelasan Fedtri Yahya... Siap pesan banyakkan membaca

Fedtri minta fahami maksud sebenar dalam perkataan.

SUSULAN video seorang lelaki yang mempertikaikan lirik lagu Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Seri Situ Nurhaliza, pengacara Ahmad Fedtri Yahya tampil memberikan pendapatnya.

Fedtri yang juga penulis lirik terkenal berkata, bait-bait lagu yang disampaikan itu bukanlah bermaksud menghina golongan orang yang kurang berkemampuan, sebaliknya ia hanya perkataan yang menunjukkan perbandingan status sosial seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh lagu Sesuci Lebaran penuh toksik, tak puas hati maksud lirik ‘miskin hina’... Warga Twitter ‘sekolahkan’ TikToker tunjuk pandai

"Bagus juga bangkit isu miskin hina ini. Sebenarnya bukan bermaksud untuk hina orang tetapi ia perkataan menunjukkan miskin itu tarafnya lebih rendah dari kaya.

"Ia tidak bermaksud untuk kutuk, hina atau mempersendakan, tetapi merendahkan diri dan status sosial," katanya.

Dalam pada itu, Fedtri turut berpesan supaya lebih banyak membaca kerana keindahan perkataan dalam Bahasa Melayu boleh membawa pelbagai maksud.

Kenalah banyak membaca kerana Bahasa Melayu ini banyak maksud, kiasan dan falsafah di sebalik perkataan

FEDTRI YAHYA

PENGACARA

"Dalam berdoa pun kita digalakkan untuk merendahkan diri kepada Allah ketika memohon sesuatu. Kita betul-betul letakkan taraf yang paling bawah.

"Kenalah banyak membaca kerana Bahasa Melayu ini banyak maksud, kiasan dan falsafah di sebalik perkataan," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-04-29 at 1.09.10 PM

Seorang pengguna media sosial dikecam teruk kerana pertikaikan lirik lagu Sesuci Lebaran.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki menyifatkan lagu raya popular itu sebagai toksik kerana lirik 'bantulah miskin hina'.

Video tersebut menerima kecaman hebat netizen dan ada yang meminta lelaki tersebut untuk kembali ke sekolah agar boleh mendalami ilmu bahasa.

Lirik lagu Sesuci Lebaran yang sudah popular sejak 20 tahun lalu ditulis oleh Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain