suria

Pengisian mengimarahkan Ramadan, Suria FM ajak pendengar ‘Kumpul Pahala’

Kotak Infak Suria antara salah satu program sepanjang Ramadan.

MENGIMARAHKAN lagi bulan Ramadan, stesen radio Suria FM kali ini memperkenalkan pengisian khas dan menarik dengan bertemakan Kumpul Pahala.

Pengisian itu merangkumi program ilmiah, program berbentuk hiburan, shorties dan juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pendengar setia Suria Cinta, Anna Aljuffrey tak sangka dapat jadi deejay Suria FM

Selain itu, pengisian itu boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran youtube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, iaitu DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, program tersebut mengajak orang ramai bersama-sama menggandakan amalan selain mengumpul pahala.

Suria 1

Program yang akan disiarkan pada 4 hingga 29 April.

"Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Dengan konsep begitu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala.

"Ia merupakan usaha untuk menyeru orang ramai bersama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini. Suria FM begitu menitikberatkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat.

"Dalam pada masa yang sama memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital," katanya.

Antara pengisian Kumpul Pahala adalah;

Tadabbur Suria bersama Quran Humaira

Tarikh: 4 April – 29 April 2022

Episod: 11 Episod

Rahmat seribu bulan, indahkan bersama Quran Humaira. sedekad menemani anda.

Bersama Ustaz Don Daniyal dalam mentafsir, memahami maksud ayat dan mendalami isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran sepanjang Ramadan ini.

Suria 2

Perkongsian Ustazah Dr Nurhafizah dalam 30 Hari Mencari Cinta Ilahi.

30 Hari Mencari Cinta Ilahi

Tarikh: 4 April – 3 Mei 2022

Episod: 30 Episod

Dengarkan perkongsian Ustazah Datuk Dr Nurhafizah mengenai topik-topik berkenaan mencari cinta Allah SWT di dalam bulan Ramadan.

Kotak Infaq Ramadan

Beli ‘Kotak Pahala’ yang tersenarai di Kedai Suria dan sertai program infak Suria kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih. Kotak Infak Suria mempunyai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer.

Setelah sebulan fokus mengumpul pahala, raikan bersama ahli keluarga kegembiraan Raya ini dengan pengisian menarik dan terbaharu seperti drama raya dan muzik video Raya terbitan Suria Malaysia.

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Ramadan dan Raya.

Gunakan #KumpulPahala #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain