suria

Ridhuan Tee kecewa lagu raya baharu tak sedap! Terjerit-jerit seperti orang hilang pedoman, lebih parah menari dengan bapok

Ridhuan Tee tegur lagu Seikhlas Hati dan Kelepok Raya.

HILANG roh dan jati diri... Itu yang disifatkan penceramah bebas Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee terhadap lagu-lagu raya baharu yang dirasakan tidak sesuai didengar ketika sambutan Syawal.

Beliau yang juga merupakan profesor Pusat pengajian Teras (PPT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meluahkan rasa kecewa apabila pemuzik tempatan terlalu mahukan inovasi dalam muzik sehingga menjejaskan suasana hari raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ridhuan Tee geli tengok adegan panas Zul Ariffin, gatal macam tak pernah masuk TV! Cadang hantar resume ke Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Istilah ‘macam abang’ bukan tiket untuk berpeluk, Ridhuan Tee tegur Yazmin Aziz dan Danial Chuer jaga adab... Siap nasihat ganti solat

“Saya teramat kecewa apabila lagu-lagu raya hari ini sudah hilang roh dan jati diri. Kenapa lagu-lagu hari ini tidak sedap. Malah lebih teruk lagi terkinja-kinja, terjerit-jerit seperti orang hilang pedoman?

“Paling malang ia dianggap sebagai satu inovasi sedangkan lagu dan muzik itu terjerit-jerit dan terkinja-kinja. Bagaimana nak rasa suasana hari raya?

"Lebih malang lagi, ada pula menyanyikan lagu raya bersama-sama bapok, rosak lagu raya sampai mak sendiri tak sanggup nak tengok,” ujarnya.

Ridhuan harap pengkarya baharu hayati lagu lama yang evergreen.

Ridhuan Tee tegur lagu raya hilang jati diri.

Ridhuan berkata demikian bagi meluahkan pandangannya mengenai beberapa lagu raya generasi terkini yang baharu dilancarkan.

Dalam masa sama, Ridhuan berkata, inovasi dalam muzik yang diperjuangkan dilihat bukan satu pembaharuan sebaliknya hanyalah pengaruh budaya barat.

“Jelas menunjukkan betapa barat telah berjaya ‘membasuh’ otak kita apabila irama muzik seperti rock, R&B dan rap diagungkan.

“Itu bukan satu inovasi tetapi meniru gaya barat, sedangkan yang menyanyi lagu tersebut berwajah Melayu.

“Ada penyanyi yang puji lagu mereka sendiri sedangkan yang mendengar adalah peminat. Jadi dengarlah suara hati pendengar,” katanya.

Itu bukan satu inovasi tetapi meniru gaya barat, sedangkan yang menyanyi lagu tersebut berwajah Melayu

PROF DR RIDHUAN TEE

PENCERAMAH BEBAS

Sebelum ini mStar turut menyiarkan luahan kekecewaan peminat berhubung lagu raya nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah berjudul Seikhlas Hati yang berkonsepkan rock alternatif.

Suntikan elemen screamo atau jeritan dalam lagu berkenaan dianggap tidak sesuai untuk didengar ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kritikan turut dilemparkan kepada video muzik lagu raya berjudul Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kerana membabitkan aksi penari lelaki yang meliuk lentuk menari dengan memakai songkok.

ridhuan tee 2

Ridhuan turut beri komen lagu Aliff terkinja-kinja.

Sementara itu Ridhuan turut berpendapat lagu-lagu nyanyian penyanyi lama seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk DJ Dave dan Datuk M Nasir berjaya menjadi malar segar sehingga hari ini kerana alunan muzik dan lirik yang menyentuh perasaan.

Beliau turut berpesan supaya pengkarya muzik masa kini untuk terus menghayati lagu-lagu lama dengan lirik yang lebih tersusun, tertib dan bermakna.

“Lagu-lagu lama penuh jati diri walau dinyanyikan oleh orang bukan Melayu seperti DJ Dave. Jika kita nyanyikan lagu-lagu terdahulu tanpa sedar boleh mengalirkan air mata.

“Cuba tanya pengkarya seperti M Nasir, saya tidak fikir dia akan tergamak untuk masukkan elemen rock atau R&B dalam lagu raya. Saya amat kenal orang seperti ini, jati dirinya amat kuat. Begitu juga Allahyarham P Ramlee, Solma dan Sudirman jika masih hidup.

“Kepada pengkarya dan penyanyi hari ini, cuba dengar baik, tenung dan renungkan kenapa lagu raya 70an, 80an begitu menusuk,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain