suria

Ibu Achey meninggal dunia pada 10 malam terakhir Ramadan akibat kanser pankreas

Ibu Achey meninggal akibat kanser pankreas.

IBU kepada pelawak Achey Bocey iaitu Ngaisah Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat kanser pankreas kira-kira pukul 12.46 pagi, Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA).

Berita sedih itu dikongsi oleh adik kepada Achey iaitu Natasha Hamzah yang turut memaklumkan arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Usaha Jaya, Labis Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan ibu merosot, Achey tolak banyak ‘job’ supaya senang ulang-alik kampung

Menurut Natasha, arwah pada awalnya menerima rawatan di Hospital Segamat sejak awal April namun telah dipindahkan ke HSA untuk mendapatkan khidmat doktor pakar.

“Arwah meninggal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Usaha Jaya, Labis Johor. Kalau ikutkan, niat nak kebumikan sebelum solat zohor.

Kalau ikutkan, niat nak kebumikan sebelum solat zohor.

NATASHA HAMZAH

PELAWAK

“Asalnya dirawat di Hospital Segamat tapi dipindahkan ke HSA sebab proses rawatan mak tak ada di Hospital Segamat dan doktor pakar ada di HSA,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, isteri kepada Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya menerusi laman Instagram turut bersedih dengan pemergian arwah ibu mentuanya yang meninggal dunia pada 10 Ramadan terakhir.

Sentiasa akan mendoakan ibu mentuanya, Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne turut berkongsi video memperlihatkan arwah memberi lambaian terakhir untuk mereka sekeluarga.

“Al-Fatihah buat ibu mentua saya Hajah Ngaisah Hassan. Semoga mak tenang di sana... mak pergi pada 10 Ramadan terakhir. Semoga mak dipermudahkan segalanya. Lagi berapa hari saja mak nak raya... terima berita ini.

“Lambaian terakhir mak untuk kami sekeluarga. Kami akan merindui mak. Pada 23 Ramadan mak pergi meninggalkan kami semua. Allah lebih sayangkan mak. Semoga mak tenang di sana di samping arwah abah.

“Kami akan selalu mendoakan mak. Kami dalam perjalanan jumpa mak buat kali terakhir. Ciuman terakhir kami untuk mak. Kami hilang satu lagi doa yang paling berharga dalam hidup kami,” tulisnya.

Sebelum ini, Achey menerusi temu bual bersama mStar berkata dia sanggup membatalkan tawaran kerja yang mana boleh menerima bayaran lumayan demi melawat ibu tercinta yang menerima rawatan di hospital.

Kata Achey lagi, arwah yang berusia 74 tahun mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.

Disebabkan itu keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea