suria

Tak sempat ucap terima kasih, bekas PA kena block Vida lepas buat pendedahan... Tak terlintas nak popular!

Qush nafi sengaja cipta kontroversi.

DITUDUH sengaja mahu mencipta kontroversi dan meraih perhatian pengikut media sosial, bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Qush berkata, dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan.

Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, juga menegaskan dia tidak gila glamor kerana sudah mempunyai kelompok pengikut sendiri di media sosial.

Tambahnya, pendedahan tentang tidak lagi bekerja dengan Vida adalah untuk menjelaskan situasi sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: PA baharu dedah hanya berlakon! Ini respons Vida, tak sangka baru sebulan kerja dah bocor rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli dah jangka Qush tak lama jadi PA, nasihat Vida berhenti buat ‘drama’

“Dari dahulu lagi saya tidak pernah ada kontroversi dan tidak minat dengan cerita sensasi. Apa yang saya kongsikan adalah untuk memberi penjelasan tentang perkara sebenar.

“Tak perlu untuk meraih populariti kerana saya ada pengikut tersendiri di laman sosial,” katanya ketika dihubungi mStar.

Qush berkata demikian ketika ditanya tentang pendedahannya tidak lagi bekerja dengan Vida.

IMG_2925

Qush tampil dalam MV Ku Ikhlaskan.

Malah dia memberitahu apa yang berlaku selama ini hanya lakonan dan tidak menerima sebarang surat perjanjian daripada usahawan sensasi itu.

Susulan itu, rata-rata netizen mengecam kedua-dua pihak dan menganggap mereka sengaja mencipta drama di laman sosial.

Berdepan banyak soalan, Qush memberitahu ia tidaklah memberi satu tekanan besar dan bersyukur kerana orang sekeliling masih memberi sokongan kepadanya.

“Apabila ada yang bertanya, saya akan jawab supaya orang faham situasi sebenar dan tidak lagi mengatakan saya PA kepada Vida selepas ini.

Mungkin satu hari nanti saya akan berjumpa sendiri Vida untuk mengucapkan terima kasih

SYED QUSYAIRI

BEKAS PA VIDA

“Walau berdepan dengan kontroversi dan menjawab banyak soalan, saya tidaklah rasa tertekan. Saya jalani hidup seperti biasa dan senang apabila sudah jelaskan perkara sebenar.

“Saya bersyukur keluarga dan rakan-rakan sentiasa menyokong. Malah pengikut di media sosial juga sangat memahami,” jelasnya.

Sementara itu, apabila ditanya tentang usaha untuk memulihkan hubungan dengan Vida, kata Qush akaun media sosialnya telah disekat oleh wanita tersebut.

IMG_2926

Qush mahu jumpa Vida.

Dia bagaimanapun akan mengambil kesempatan bertemu Vida bagi mengucapkan terima kasih.

“Kalau dia sudah unfollow saya di media sosial, bagaimana hendak berdamai? Saya tidak ada masalah dan tak mahu bergaduh dengan sesiapa.

“Mungkin satu hari nanti saya akan berjumpa sendiri Vida untuk mengucapkan terima kasih,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain