suria

Fareez Fauzi seronok jadi pelakon, elak terikut-ikut karakter ayah

Fareez cenderung ikut jejak Fauzi jadi pelakon.

DIBERI peluang menjayakan beberapa drama, penyanyi Fareez Fauzi mengakui mula jatuh cinta kepada bidang lakonan.

Anak kepada aktor Fauzi Nawawi ini juga tidak menyangka bakat dalam dunia lakonan semakin mendapat perhatian walau memulakan kerjaya seni sebagai seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dunia luar banyak negatif, duduk rumah takut terpalit kontroversi” - Fareez Fauzi

ARTIKEL BERKAITAN: Fareez Fauzi Akur Ibu-Bapa Membantu Kerjaya Seninya

"Kerjaya seni sekarang ini lebih cenderung ke arah lakonan. Bermula sebagai watak extra, saya kini sudah diberi kepercayaan sebagai watak utama.

"Merasa sendiri pengalaman sukar yang dilalui oleh ayah sebagai seorang pelakon membuatkan saya mula jatuh hati dalam bidang ini.

"Selain itu apabila berjaya membawakan sesuatu watak akan memberi lebih semangat untuk saya," katanya kepada mStar.

Dia tidak mahu saya terikut-ikut gayanya dalam lakonan

FAREEZ FAUZI

PELAKON/PENYANYI

Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan Fauzi, 25, turut memberitahu bapanya sering berkongsi nasihat supaya tabah berhadapan dengan liku-liku dunia lakonan.

Dalam pada itu, Fareez memberitahu dia turut dibimbing untuk mempunyai karakter tersendiri dan tidak terikut-ikut seperti lakonan bapanya.

"Ayah jarang memberi tunjuk ajar secara terus, biasanya dia hanya akan beri bayangan sahaja atau rujukan lain untuk saya jadikan contoh.

fareez fauzi 2

Fareez semakin aktif berlakon.

"Dia tidak mahu saya terikut-ikut gayanya dalam lakonan.

"Semestinya dia menyokong perkembangan kerjaya saya dan sentiasa memberi nasihat supaya berhati-hati kerana dunia lakonan ini penuh berliku," jelasnya.

Fareez merupakan anak sulung Fauzi hasil perkahwinan pertama dan memulakan langkah dalam bidang seni selepas bergelar juara program nyanyian Mentor Milenia 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain