suria

Anna Jobling masuk hospital akibat denggi, sedih terpaksa tangguh penggambaran

Anna alami ruam teruk akibat denggi.

PELAKON Anna Jobling dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang Jumaat selepas mengadu tidak bermaya dan mengalami ruam yang teruk pada kulit.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, dia disahkan mengalami demam denggi dan perlu mendapatkan rawatan dan pemantauan doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan digelar mat salih, Anna Jobling bangga mengaku orang Melaka

“Saya mula rasa tidak sedap badan ketika di set penggambaran. Apabila sudah tidak tahan saya terus di bawa ke pusat perubatan dan kemudian disahkan terkena jangkitan dengki.

“Selain ruam pada kulit keadaan saya sekarang masih letih dan tidak bermaya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Saya harap keadaan ini tidak menyusahkan orang lain

ANNA JOBLING

PELAKON

Anna yang ketika itu sedang menjalani penggambaran drama Malur Untuk Firdaus berasa sedih kerana terpaksa menangguhkan penggambaran yang hampir selesai.

Dia juga bimbang keadaannya itu menyusahkan pihak produksi dan rakan-rakan pelakon lain.

“Sedih sebenarnya kerana penggambaran drama tersebut dah nak tamat, tetapi saya diduga dengan sakit begini.

“Saya harap keadaan ini tidak menyusahkan orang lain,” ujarnya.

anna jobling 2

Anna harap segera sembuh dan dapat kembali bekerja.

Sementara itu, ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang menasihatkan supaya berehat dan tidak terlalu memikirkan soal kerja.

“Selepas sibuk dengan jadual penggambaran, ramai juga yang katakan inilah masanya untuk saya berehat.

“Tetapi kalau nak rehat bukanlah dalam keadaan sakit begini,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain