suria

Tak boleh terima lagu raya terjerit-jerit! Netizen kata ‘Seikhlas Hati’ petanda industri muzik semakin jahanam... Ini komen SOG

Lagu raya Seikhlas Hati nyanyian SOG dan Shila Amzah terima pelbagai reaksi netizen.

GARA-GARA tampil dengan genre berbeza, lagu raya nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah berjudul Seikhlas Hati menerima komen negatif segelintir netizen.

Rata-rata mereka berpendapat lagu berkonsep rock alternatif dengan elemen screamo atau jeritan itu tidak sesuai untuk didengar ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementar

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Neelofa tepat lagi! ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik

“Lagu kena rasuk ke ni?

“Dengar pun dah stress, tak payahlah buat versi jerit-jerit macam ni. Dengar pun sakit kepala.

“Art berat ni, dunia nyanyian sudah nazak.

“Sedih pula rasanya, generasi sekarang sudah tak anggap hari raya satu hari yang suci. Dihidangkan dengan irama macam ni sudahnya

“Ini menunjukkan industri muzik kita makin jahanam!” ujar beberapa netizen.

Tidak setuju dengan pendapat itu, pemain flut kumpulan itu, MK Ridzuan berkata, perkembangan sesebuah industri sepatutnya diukur dengan variasi dan kepelbagaian hasil karya.

Yang patut kita risau menuju kejatuhan industri adalah bila karya stagnant dan tak berkembang

MK Ridzuan

AHLI KUMPULAN SOG

“Sebenarnya tak jahanam industri seni Malaysia jika ada pengkarya di luar dari kebiasaan. Kesihatan sesebuah industri diukur dengan kepelbagaian hasil seni.

“Yang patut kita risau menuju kejatuhan industri adalah bila karya stagnant dan tak berkembang. Sama je dari 80-an, 90-an sampai 20-an.

“Industri seni ni ibarat hutan, hutan yang sihat ada flora dan fauna. Kita patut risau jika tengok hutan tu semua pokok kelapa sawit sahaja,” ujarnya.

sog komenAntara komen netizen terhadap lagu Seikhlas Hati.

Sebelum ini, kumpulan indie, Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Shila Amzah melancarkan lagu raya Media Prima bertemakan Seikhlas Hati.

Lagu raya berkonsepkan rock alternatif itu merupakan hasil ciptaan Raja Nazmin Shah, manakala lirik pula ditulis oleh Shila.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain