suria

Peminat kritik MV lagu ‘Lip Lap Raya’ tak kreatif, tiru Adele... Siti Nurhaliza kata yang penting mesej sampai

Siti tampil dengan lagu raya baharu berjudul Lip Lap Raya.

BAHARU dilancarkan Rabu lalu, lagu raya terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Lip Lap Raya menerima kritikan peminat-peminatnya apabila muzik video (MV) penyanyi tersohor itu dikatakan berkualiti rendah.

Terbuka menerima kritikan itu, Siti, 43, berkata, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima lebih 300 anugerah, Siti Nurhaliza tersenarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time

ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun dalam industri seni, Siti Nurhaliza akui bukan lagi masa bersaing dengan penyanyi baharu

“Apa sahaja orang nak katakan saya sudah biasa sejak dari awal lagi.

“Itu adalah hak mereka untuk bercakap. Apa yang penting matlamat dan maksud lagu tersebut berjaya disampaikan,” katanya kepada mStar.

ct 2

Antara reaksi peminat.

Sebelum ini, lagu raya terbaharu Siti, Lip Lap Raya ciptaan Ajay Mai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan dianggap tidak mencapai standard penyanyi nombor satu itu.

Malah, ada yang mendakwa konsep yang dipaparkan hampir sama dengan MV Oh My God nyanyian Adele.

Apa yang penting matlamat dan maksud lagu tersebut berjaya disampaikan

SITI NURHALIZA

PENYANYI

Sementara itu, mengulas tentang konsep MV, Siti berkata, Lip Lap memberi kelainan apabila tampil dengan konsep lebih elegan dan santai.

“Bila sebut hari raya orang dah biasa dengan suasana meriah seperti ketupat atau bunga api. Itu adalah kebiasaan. Bagaimanapun saya suka dengan konsep yang ditampilkan kali ini kerana lebih elegan dan santai,” ujarnya.

siti aeon

Siti bersama Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran Aeon.

Siti ditemui di majlis kempen Aeon Loves SimplySiti yang berlangsung di pasar raya Aeon Alpha Angle, Kuala Lumpur.

Kempen ini merupakan satu kolaborasi perniagaan yang menjadi Aeon pasar raya pertama menjual produk kosmetik SimplySity bersama produk kesihatan BeauSiti dan jenama tudung Afiya.

Istimewa dalam kempen ini, kakitangan Aeon yang dikenali sebagai Aeon People diberi peluang untuk menggunkan produk SimplySiti sekaligus menjadikan mereka jurucakap kepada pelanggan.

Pelancaran kempen ini turut memperkenalkan set eksklusif dengan harga mampu milik produk tersebut seperti Set Roseship, Demagic Luxe dan Pearl yang hanya boleh didapati di Aeon.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada hujung Ramadan ini.

Selepas tiga tahun tidak ke sana, ini adalah peluang buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk melepas rindu beribadah dan berdoa di hadapan Kaabah.

“Sebab sudah tiga tahun tidak ke sana, jadi memang rindu untuk duduk dan berdoa di hadapan Kaabah.

“Pastinya saya mahu memohon kebaikan dari setiap sudut untuk diri saya, keluarga, anak-anak dan seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain