suria

25 tahun dalam industri seni, Siti Nurhaliza akui bukan lagi masa bersaing dengan penyanyi baharu

Siti menggayakan baju watak animasi Mulan semasa perjumpaan dengan kelab peminat.

SELEPAS 25 tahun berkecimpung dalam industri seni, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata kini bukan masa untuk dia bersaing dengan mana-mana penyanyi termasuklah bakat baharu.

Menurut Siti, 43, pada tahap sekarang ini dia hanya mahu memberikan fokus pada komitmen yang sedia ada agar terus kekal relevan.

"Sekarang ini masa untuk saya berikan yang terbaik sahaja, bukan lagi nak bersaing dengan artis muda yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza ‘berbunyi’ ingatkan penyamar Sitizoners - “Tak perlu bandingkan cara saya bekerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tengok TokTi marah? Filem dokumentari ‘Siti: Are You Ready?’ papar sisi peribadi Siti Nurhaliza

"Bukan lagi era berlawan-lawan. Saya hanya mahu meneruskan dan mengekalkan lagu yang best, prestasi kerja bagus selain berkolaborasi dengan anak muda yang ada sekarang," katanya kepada mStar.

Siti ditemui semasa Majlis Perjumpaan dan Sambutan Ulang tahun kelahirannya yang ke-43 bersama kelab peminat, Sitizone yang diadakan di Magica Cheras Hall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

siti 3

Siti hiburkan Sitizone.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Seribu Kemanisan ini turut memanjat kesyukuran kerana kesetiaan peminatnya terus utuh selepas 18 tahun tertubuhnya Sitizone.

"Dalam tempoh perjalanan lebih dua dekad itu saya bersyukur kerana dikelilingi tunjang kekuatan yang jadi tulang belakang termasuklah rakan media dan peminat.

Mulan versi saya ini sopan sedikit. Versi berhijab. Saya pun suka watak hero seperti ini

SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Tak dinafikan peminat menjadi nadi penting kepada kerjaya saya cuma saya tak sangka pada usia kini dan 25 tahun jadi anak seni, peminat terus teguh menyokong.

"Ia jadi suntikan semangat untuk saya terus beri terbaik. Malah, ada juga kehadiran peminat baru. Yang minat sejak dulu dan seusia saya kemudian bersambung sokongan itu kepada anak mereka," katanya.

siti 2

Siti sambut ulang tahun kelahiran ke-43 pada 11 Januari lalu.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu berkata terlalu banyak kenangannya bersama peminat.

"Mereka ada dengan saya waktu sukar dan duka. Kalau tengok filem dokumentari, Siti: Are You Ready? boleh lihat ada kelompok peminat yang sanggup pergi ke mana saja konsert saya diadakan.

"Malah merentas luar negara pun mereka sanggup melabur duit biarpun jarang berjumpa dan berkomunikasi," ujarnya.

Pada acara yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu, penyanyi ini menggayakan busana karakter watak dalam filem animasi Disney, Mulan bersesuaian dengan tema.

"Mulan versi saya ini sopan sedikit iaitu versi berhijab. Saya pun suka watak hero seperti ini. Saya selalu berangan jadi ketua atau pemimpin yang menerajui peperangan.

"Macam kali ini tak ada simbolik tertentu. Tema ini pun untuk seronok-seronok saja, setiap kali dianjurkan memang ada tema ditetapkan, contohnya sebelum ini kita buat kembali ke sekolah, tema pekerjaan, balik kampung dan macam-macam lagi.

"Alhamdulillah semua yang hadir enjoy hari ini dan semestinya perjumpaan ini dapat melepaskan kerinduan selepas lama kami tidak bertemu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain