suria

Syahmi Sazli tewas, Isa Isarb Youtubrity Terbaik Malaysia 2021

Isa Isarb memenangi anugerah Top 5 Youtubrity Malaysia 2021.

YOUTUBER Isa Isarb diangkat sebagai pemenang Youtubrity Terbaik Malaysia di Anugerah Youtubrity Malaysia 2021 (AYM2021) yang berlangsung pada malam Sabtu.

Dalam anugerah yang julung kali diadakan itu, Isa menewaskan lapan lagi calon YouTuber lain bagi kategori utama berkenaan antaranya Syahmi Sazli, ASA Production, Alief Irfan, Soloz Club, Mr Kokom serta Che Nom.

Isa meraih undian sebanyak 72.5 peratus melayakkan dia memenangi anugerah utama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna nick Bintang Paling Popular, terima 86 juta undian!

ARTIKEL BERKAITAN: Siaran langsung ‘Anugerah Drama Sangat 2021’ dihentikan serta merta gara-gara banjir, artis dan kru diminta tinggalkan WTC

"Alhamdulillah syukur atas kemenangan ini, untuk kategori ini rasanya ramai lagi YouTuber lain yang lebih baik, tak tahu macam mana saya boleh menang.

"Tadi saya ada tanya penganjur macam mana mereka buat kiraan tapi apa-apa pun Alhamdulillah.

aym2

Isa Isarb tak percaya rangkul anugerah utama.

"Terima kasih kepada semua terutamanya subscribers saya yang menyokong selama ini," kata Isa semasa menerima hadiah kemenangan itu.

AYM21 menyaksikan 58 saluran YouTube terkenal bersaing bagi merebut 12 kategori yang dipertandingkan.

12 kategori tersebut ialah Saluran Masakan Terbaik, Saluran Naratif Terbaik, Saluran ASMR & Mukbang Terbaik, Saluran E-Sukan Terbaik, Saluran Vlog Terbaik, Saluran Prank & Cabaran Terbaik dan Saluran Komedi & Parodi Terbaik.

aym1

Pengacara umum pemenang utama kategori Youtubrity Terbaik Malaysia 2021.​​​​​​

Selain itu, Saluran Filem Pendek Terbaik, Pencipta Kandungan Terbaik, Produksi Terbaik, Pengarah Terbaik dan Top 5 Youtubrity Terbaik.

Pemenang membawa pulang trofi istimewa daripada Royal Selangor.

Malam kemuncak anugerah diadakan dari Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan di saluran Youtubrity Malaysia.

AYM21 dihoskan oleh Zarul Zharif, Ecah Daud dan Amri Aziz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain