suria

Kerjaya belum stabil, Khai Bahar letak sasaran bercinta umur 30 tahun

Khai Bahar belum sedia bercinta

MENGAKUI adakalanya berasa sunyi, penyanyi Khai Bahar bagaimanapun memberitahu dia belum sedia untuk mempunyai kekasih.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, berkata, pendapatan dan kerjaya yang belum stabil membuatkan dia bimbang untuk bercinta atau apatah lagi berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar ajak peminat pilih lagu konsert Nafas Cinta, buka undian di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar perjelas maksud emoji ‘love’ untuk Nabila Razali, peminat dah mula doa cepat bertemu jodoh

“Memanglah ada rasa sunyi, namun apabila difikirkan tentang kerja rasanya saya belum bersedia.

“Saya rasa perlu lebih stabil dalam kerjaya dahulu. Saya letakkan sasaran usia 30-an untuk mencari pasangan,” ujarnya kepada mStar.

khai bahar 2

Khai juga selesa cari jodoh sendiri dan bukan pilihan ibu.

Penyanyi lagu Nafas Cinta ini juga mendedahkan pernah menyimpan perasaan pada seseorang.

Namun, kata Khai, dia hanya sekadar melihat dari jauh dan insan tersebut kini sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki.

Saya tak pasti ada atau tidak orang yang mahu dekati saya

KHAI BAHAR

PENYANYI

“Pernah ada suka pada seseorang. Saya pun tak tahu dia kenal saya atau tidak.

“Hanya melihat dari jauh sahaja dan sekarang orang itu pun sudah berkahwin.

“Saya tak pasti ada atau tidak orang yang mahu dekati saya. Hanya sekadar menegur di media sosial sahaja,” ceritanya.

Khai Bahar belum sedia bercinta

Teruja menantikan konsert pertama pada 12 Februari ini.

Khai ditemui di majlis pelancaran Konsert Nafas Cinta Khai Bahar di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Konsert anjuran Nova Music ini bakal berlangsung pada 12 Februari di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC). Malam itu nanti turut menampilkan Aina Abdul dan Adira sebagai penyanyi duet jemputan.

Tiket untuk konsert ini sudah habis dijual. Bagaimanapun peminat boleh menyaksikan secara maya dengan cara mendapatkan tiket di www.cloudtheatre.com.

Penganjuran konsert ini turut mendapat sokongan MyCreative Ventures, Penjana dan Kementerian Komunikasi & Multimedia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Khai Bahar, Nafas Cinta, Konsert

Artikel Lain