suria

Syura Badron tak cemburu kejayaan Siti Nordiana, kes saman fitnah bukan cara cari publisiti

Syura tidak pernah simpan perasaan cemburu terhadap kejayaan Siti Nordiana.

KONTROVERSI membabitkan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Syura Badron bukan platform yang sesuai untuk mencari publisiti.

Menganggap ada hikmat disebalik apa yang terjadi, Syura atau Zuraidah Badron turut menafikan dia menyimpan perasaan cemburu terhadap kejayaan penyanyi Siti Nordiana.

"Saya tak pernah terfikir pun untuk naikkan nama. Apatah lagi dengan kontroversi yang tak baik. Bagi saya, apa yang berlaku ada sebab.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan lebih RM2.5 juta, kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan dipindah ke Mahkamah Tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Saya bukan marah, memang suara begini...” - Jawab peguam selepas ditegur Siti Nordiana dalam mahkamah agar cakap elok-elok

"Kita pun tak boleh nak cakap lebih sebab benda dah jadi. Ramai kata, saya cemburu dengan kejayaan Nana.Tapi tidak sekali-kali ada perasaan cemburu.

Syura 1

Syura anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

"Macam mana pun, saya bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku. Terima dengan hati terbuka dan berharap satu keputusan yang baik," katanya kepada mStar.

Syura ditemui ketika majlis pelancaran video muzik lagu terbaharu Lan Solo berjudul 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Walaupun saya dah jadi artis hampir 20 tahun, tapi emosi tetap terganggu dengan komen melampau.

SYURA BADRON

PENYANYI

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Syura mengakui dia banyak menerima kecaman di ruang komen dan mesej di Instagram sepanjang tempoh enam bulan isu tersebut terjadi.

Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan, namun Syura tetap berasa tertekan apabila menerima kecaman secara melampau.

Syura 2

Syura terima kecaman akibat kontroversi yang terjadi.

"Sudah enam bulan isu ini dan sememangnya saya ada menerima kecaman. Bukan saja di ruang komen tapi ada juga netizen yang mesej secara peribadi di Instagram.

"Komen-komen negatif dan melampau sehingga melibatkan maruah. Walaupun saya dah jadi artis hampir 20 tahun, tapi emosi tetap terganggu dengan komen melampau.

"Bila saya rasa down, kawan-kawan la tempat saya untuk lepaskan tekanan. Bersyukur ada kawan-kawan yang banyak bantu dan tanya khabar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir