suria

Netizen syak Aliff Aziz anak emas Astro, asyik dapat lagu senang... Bella Astillah pula ‘panas hati’ suami dikritik

Bella bengang terdapat segelintir pihak menuduh suaminya sebagai peserta kegemaran Astro.

DITUDUH sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) kegemaran Astro kerana sering mendapat lagu yang mudah, penyanyi Aliff Aziz menegaskan dia tidak mempunyai hak dalam pemilihan lagu.

Malah, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz menjelaskan semua peserta hanya menjalankan tugasan seperti yang diberikan pihak produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan ‘bersemut’ Aliff Aziz untuk Bella Astillah, anggap isteri ‘superwoman’ jadi kekuatan di GV8

ARTIKEL BERKAITAN: Bandi Amuk tersingkir GV8, Syafinaz Selamat tegur masalah intonasi dan sebutan

Sama seperti peserta lain, penyanyi berusia 30 tahun ini juga pernah diberikan lagu di luar keselesaannya.

Aliff 1

Status yang dimuat naik Bella.

"Lagu-lagu yang saya dan semua peserta GV nyanyikan setiap minggu merupakan tugasan yang diberikan oleh pihak produksi. Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

"Tapi kalau tengok balik minggu ketiga di mana saya dapat lagu Jinbara yang memang bukan genre saya. Sampaikan Datuk Shafinaz pun minta saya berhati-hati.

"Minggu kelima juga saya dapat lagu yang bukan genre saya. Tapi saya faham dan menghormati semua yang beri pandangan.

Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

"Cuma kalau kita lihat semula draf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta," kata Aliff kepada mStar.

Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu aktres Bella Astilla berang apabila terdapat segelintir pihak menuduh suaminya sebagai peserta kegemaran Astro.

Bella menerusi status yang dimuat naik di Twitter berkata suaminya sepatutnya diberikan lagu yang lebih hebat jika benar-benar menjadi kesukaan produksi.

"Kepada yang tak suka Aliff itu, korang nak macam mana sebenarnya? Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro.

Aliff 2

Bella menjadi salah seorang penari untuk persembahan Aliff di minggu ketujuh konsert GV8.

"Sebab tu dapat lagu senang? Hey come on, sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik.

"Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?" tulisnya.

Selain Aliff, tujuh lagi peserta masih bersaing di pentas GV8 iaitu Ani Maiyuni, Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Shidee, Sa.YA dan Suki Low.

GV8 menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Shafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain