suria

Zoey Rahman seronok dapat makan dengan PM, sambut tahun baharu dengan majlis zikir - “Biasanya konsert dan bersuka ria”

Zoey teruja dapat bertemu dengan Datuk Seri Ismail Sabri.

PELAKON Zoey Rahman melahirkan rasa syukur apabila berpeluang menyertai program kerohaniaan sempena tahun baharu iaitu majlis Malaysia Berzikir Ambang 2022 buat pertama kali.

Berbeza dengan sambutan tahun baru sebelum ini, Zoey memberitahu dia bertambah teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut serta dalam program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman minta netizen tak campur kemelut Siti Nordiana dengan lima sekawan - “Jangan siram minyak... biar mereka selesaikan di mahkamah”

"Pertama kali sertai program sebegini, tambahan pula bersama PM Malaysia. Bagi saya, peluang ini memang susah nak dapat. Alhamdulillah.

"Biasanya kita sambut tahun baru dengan konsert dan bersuka ria, tapi kali ini berbeza kerana menghormati mangsa banjir kebakaran dan segala bencana.

Zoey 2

Zoey (kiri, baju hitam) di program yang disertai oleh Ismail Sabri.

"Dapat makan dengan PM pun saya rasa satu peluang yang susah nak jumpa. Jadi saya rasa seronok dapat sertai program macam ini," katanya kepada mStar.

Pelakon drama Cik Sempurna ini ditemui ketika majlis Malaysia Berzikir Ambang 2022 yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada malam, Jumaat lalu.

Dapat makan dengan PM pun saya rasa satu peluang yang susah nak jumpa.

ZOEY RAHMAN

PELAKON

Sementara itu, Zoey berkata sebagai seorang pempengaruh media sosial atau Influencer dia perlu mengambil peluang menyebarkan perkara positif.

Selain itu, Zoey menganggap program seperti itu juga merupakan satu permulaan baik tahun baharu untuk negara yang dilanda pelbagai dugaan.

"Lagipun sebagai Influencer kena ambil peluang sebegini untuk sebarkan di media sosial kita perkara-perkara kebaikan.

Zoey 1

Zoey mahu menyebarkan mesej yang baik menerusi media sosial.

"Ia juga satu permulaan yang baik untuk tahun 2022. Bukan saja untuk diri kita tapi satu Malaysia walaupun dua tahun ini banyak sangat dugaan.

"Covid-19 dan bencana yang melanda negara kita. Harap sangat tahun ini dapat memberi kesan positif dan negara semakin baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain