suria

Oktovia Manrose nikah kali kedua, kini isteri bekas pemain bola sepak Khairul Efsan

Oktovia mencium tangan suaminya, Khairul Efsan selepas disatukan sebagai suami isteri.

KETIKA pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran memilih tarikh 21 Disember untuk diijabkabulkan, pelakon Oktovia Manrose turut memilih angka yang sama menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal.

Oktovia disatukan dengan bekas pemain bola sepak Felda United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa dalam sebuah majlis yang diadakan di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Pemilik nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia, 30, dinikahkan oleh bapa kandungnya iaitu Iwan Dangdut atau nama sebenar Wan Syahman Wan Yunus dengan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Fairudz Saderi.

ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose minta jangan diskriminasi, vaksin hanya pilihan... tak wajib - “Bukan nak bergaduh tapi saya berjangkit daripada orang dah vaksin”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selalu kena tarbiah... Iwan Syahman syukur akhirnya anak perempuan, Aprena dan Oktovia Manrose sudah berhijab

Pada majlis akad nikah itu, Efsan segak mengenakan baju Melayu putih, manakala Oktovia kelihatan anggun mengenakan busana rona sama hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail.

oktovia 3

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Iwan.

Majlis berkonsepkan tradisional dengan tema Taman Bunga itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara saudara dan rakan artis hadir ialah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Oktovia menerima mas kahwin sebanyak RM80 dengan sebentuk cincin berlian dan hantaran lima dulang berbalas tiga kepada pihak lelaki.

oktovia 1

Oktovia memilih Khairul Efsan sebagai suami.

Untuk rekod, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian bercerai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain