suria

Simpati nasib mangsa banjir, program realiti ‘Hijrahkan Laguku’ tangguh konsert suku akhir

Konsert suku akhir ditangguh minggu ini.

SIMPATI nasib mangsa banjir di beberapa negeri, program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku (HL) terbitan stesen televisyen Al Hijrah ditangguhkan siaran minggu ini.

Menurut pihak pengurusan stesen berkenaan, konsert suku akhir yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini akan diganti dengan program lain.

"Mengambil kira keadaan semasa bencana yang sedang berlaku, pihak penerbitan HL telah mencadangkan untuk menangguh konsert Suku Akhir minggu ini sebagai tanda kami turut terkesan dan berkongsi dukacita.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan penyanyi yang sudah berhijrah bertanding dalam program realiti Hijrahkan Laguku

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir tak terkejut gosip Erra Fazira isteri kedua ahli politik, doakan dia bahagia - “Saya tak kecewa, itu benda baik”

"Jadi siaran langsung Hijrahkan Laguku minggu ini akan digantikan dengan Program Khas Solidarity Buat Malaysia.

"Ini bermakna tiada persembahan pentas dan tugasan minggu ini oleh bintang-bintang HJ akan dibawa ke minggu berikutnya iaitu Sabtu, 1 Januari tahun depan," katanya menerusi satu kenyataan media kepada mStar.

hijrahkan

Lapan penyanyi bersaing di pentas Hijrahkan Laguku.

Pada Sabtu lalu, konsert minggu kelima menyaksikan tiada penyingkiran dan keenam-enam bintang mara ke minggu suku akhir.

Menerusi persembahan bertemakan Laguku Lagumu Jua yang berlangsung di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah itu, Datuk Nash menyampaikan lagu Firman Siagian berjudul Kehilangan mendapat markah tertinggi iaitu 86 markah.

Iwan Shahman pula berada di tempat kedua dengan 76 markah setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra bertajuk Siapa Di hatimu yang diubah lirik menjadi lagu Allah Di Hatiku.

hijrahkan 2

Shahir bersaing dengan tujuh lagi penyanyi hebat lain.

Tempat ketiga dengan 72 markah pula ialah Zaf VE yang menyanyikan lagu Bila Rindu, lagu asal Rod Stewart berjudul When I Need You.

Shahir Zawawi dan PG Adam diumumkan berada di kedudukan dua terbawah.

Hijrahkan Laguku dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri.

Hijrahkan Laguku bersiaran pada setiap Sabtu pukul 9 malam dan siaran ulangan boleh ditonton setiap Ahad pukul 4.30 petang.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain