suria

[VIDEO] Intan Saleh kini isteri orang, doa perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga

Intan selamat bergelar isteri Aizam.

SELEPAS tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka yang dikenali sebagai Aizam Yahya pada Isnin.

Intan berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa dengan kapsyen berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke syurga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat itu seperti surat... salah alamat pergi ke lain tempat” - Intan Saleh belum maafkan Izreen Azminda?

"Dengan sepenuh hati dan sepanjang hidup saya!

"InsyaAllah... tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga" ujarnya.

Pasangan itu kelihatan sama cantik sama padan dengan mengayakan pakaian pengantin berwarna pic.

Menerusi video yang dikongsi itu, Intan, 35, sah bergelar isteri kepada Mohamad Aizam dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Intan juga kelihatan sebak pada acara membatalkan air sembahyang ketika suaminya menyarungkan cincin.

intan3

Intan mengharapkan perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan yang dibina ini berkekalan.

Intan pernah berkahwin dengan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.

Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude.

Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2. Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain