suria

Perkenal ejen pelaburan kepada suami, Zizie Izette terima habuan wang pengenalan RM2.2 juta

Zizie Izette didakwa terima wang ganjaran bernilai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad.

KES rasuah melibatkan pelakon Datin Seri Zizie Izette memasuki episod baharu apabila dia didakwa menerima wang tunai RM2.2 juta kerana memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya, Datuk Bung Moktar Radin selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra.

Ia bertujuan untuk Felcra membuat pelaburan berjumlah RM150 juta dalam unit saham bank berkenaan.

Perkara itu diberitahu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob pada Jumaat oleh seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 43.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Zizie Ezette menangis, panjat pagar hari pertama sekolah - “Mummy terpaksa bohong sunat cakap tunggu luar”

Seperti dilaporkan Bernama, Madhi berkata, wang pengenalan akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen kepada pelanggan.

"Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara.

“Kami putuskan untuk beri kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung,” katanya.

Under investigation: Bung Moktar and Zizie Ezette are facing corruption charges involving RM2.8mil. The sum was allegedly for the obtaining of approval for Felcra Bhd to invest RM150mil in Public Mutual Bhd Unit Trust.

Bung dan Zizie terkait kes rasuah berjumlah RM2.2 juta.

Madhi berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya.

Saksi pendakwaan ke-24 itu berkata, beliau dan seorang lagi ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar menyerahkan wang berkenaan kepada pelakon itu di Public Bank cawangan Taman Melawati pada Jun 2015.

"Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank, namun Puan Norhaili berada di bank sekejap sahaja kerana ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang, hanya saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga selesai.

"Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkan wang dalam bentuk cash (tunai) dan pihak bank menyerahkan kepada Datin Seri Zizie,” katanya.

Tambahnya, pihak bank memaklumkan bahawa jumlah wang yang mahu dikeluarkan tidak mencukupi dan hanya boleh mengeluarkan RM2.2 juta.

Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkan wang dalam bentuk cash (tunai) dan pihak bank menyerahkan kepada Datin Seri Zizie.

MADHI ABDUL HAMID

EJEN PELABURAN

Sementara itu kata Mahdi, jumlah selebihnya dibayar kepada Zizie dengan cara membuka akaun pelaburan dengan Public Mutual seperti diminta aktres itu.

"Sebanyak dua cek diberikan kepada Zizie iaitu satu berjumlah lebih RM200,000 dan satu daripada Puan Norhaili berjumlah lebih kurang RM600,000 hingga RM700,000," ujarnya.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 63, ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Zizie, 43, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain