suria

Anak-anak Zizie Ezette menangis, panjat pagar hari pertama sekolah - “Mummy terpaksa bohong sunat cakap tunggu luar”

Zizie Ezette sedih melihat anak-anak menangis pada hari pertama persekolahan.

HARI pertama persekolahan tiga anak tersayang iaitu Aaric, Aadam dan Aaleph menjadi momen terindah yang tidak mungkin dilupakan oleh pelakon Datin Seri Zizie Ezette.

Menerusi laman Instagram, Zizie berkongsi beberapa rakaman gelagat dan ragam anak-anaknya yang menangis kerana bimbang ditinggalkan di sebuah pusat didikan kanak-kanak pada Isnin.

"Hari pertama mereka bersekolah! Aaric sentiasa cool, Aadam nampak yakin. Masa mula-mula sehinggalah video seterusnya. Aaleph berjalan ke kelas dengan berat hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak guna kabel, Zizie Ezette ambil seorang lagi anak angkat - “Sebelum ini sibuk mengandung dan beranak tiga tahun berturut-turut”

"Cikgu hantar maklumat terkini mereka. Saya tak tipu, saya menangis sedikit, rasa sedih didalam melihat wajah kesayangan ini," katanya menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang mencuit hati pengikut ialah melihat reaksi Aadam yang sanggup memanjat pagar untuk mendapatkan semula ibunya dan enggan masuk ke kelas.

Aadam panjat pagar kerana tidak mahu berjauhan dengan ibunya, Zizie Ezette.

Selain pujukan daripada tenaga pengajar di tadika tersebut, Zizie turut memberikan kata-kata semangat dan berjanji menunggu kanak-kanak itu dihadapan sekolah berkenaan sehingga selesai sesi pembelajaran.

Zizie berkata, dia terpaksa berbohong kerana mahu ketiga-tiganya berasa selamat dan terbiasa dengan suasana persekolahan.

Saya tahu anak-anak lelaki saya kuat dan berani. Mereka cuma perlukan sedikit waktu untuk biasakan diri dengan persekitaran sekolah!

ZIZIE EZZETTE

PELAKON

"Episod akhir dalam persekolahan hari pertama mereka, dalam cerita ni mummy terpaksa bohong sunat cakap tunggu dekat luar. Hanya nak mereka rasa selamat dan yakin.

"Saya tahu anak-anak lelaki saya kuat dan berani. Mereka cuma perlukan sedikit waktu untuk biasakan diri dengan persekitaran sekolah. InsyaAllah lepas ni dah senang!

Zizie bersama anak-anak tersayang.

"Sekarang rumah pun sunyi sahaja, saya dah mula merindui mereka. Simpan video di sini untuk mereka tengok semula akan datang," ujarnya.

Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain