suria

Siti Nurhaliza bimbang keadaan banjir di Pahang, doa keselamatan ibu dan ahli keluarga di kampung - “Ramai yang masih terkandas dekat bumbung-bumbung rumah”

Ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik menetap di Lipis, Pahang.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tersentuh dengan paparan berita, gambar dan video melibatkan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Siti turut memohon doa orang ramai agar semua yang terkesan dengan insiden itu diberikan ketabahan untuk melalui segala dugaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza bakal timang anak lelaki, pilih nama bermula Muhammad A - “Hamil kali ini tak boleh makan pedas”

Ini termasuk juga ibu penyanyi tersohor itu, Siti Salmah Bachik, 69, yang menetap di kampung halamannya di Lipis bersama ahli keluarga yang lain.

Semoga ibu, keluarga dan orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan baik dan dilindungi Allah.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Banjir semakin teruk di beberapa negeri termasuk di negeri Pahang. Saya mendoakan agar ujian ini dipermudahkan untuk semua yang terbabit mengharunginya.

"Semoga bantuan, prihatin dan ihsan sesama kita dapat dihulurkan bagi membantu. Ayuh kita doakan agar segalanya pulih seperti sedia kala.

"Semoga ibu, keluarga dan orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada," katanya.



Siti Nurhaliza berdoa agar mangsa banjir tabah menghadapi dugaan.

Sementara itu, entri Siti itu turut menarik perhatian beberapa penduduk Lipis yang turut memberikan perkembangan tentang situasi di sana untuk pengetahuan penyanyi tersebut.

Seorang pengguna Instagram, memberikan komen memaklumkan kawasan Lipis, Raub dan Bentong merupakan antara daerah yang paling terus terjejas disebabkan hujan berterusan sejak Ahad.

"Ramai orang-orang kampung yang masih terkandas dekat bumbung-bumbung rumah dengan hujan yang tidak berhenti sejak tiga hari lepas. Please pray for Pahang,"



Penduduk Pahang memberikan perkembangan situasi di sana.

"Terima kasih Tokti. Alhamdulillah di Lipis keadaan semua terkawal" tulis netizen di ruangan komen Instagram penyanyi itu.

Menerusi laporan media, seramai 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Selangor setakat pukul 8 malam Ahad.

Pahang mencatatkan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS negeri itu adalah sebanyak 4,500 mangsa daripada 1,367 keluarga.

PPS Pahang telah dibuka di sembilan daerah iaitu di Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Jerantut dan Lipis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain