suria

Sunio tersingkir minggu kesembilan 'Mic ON!' - “Hentakkan dangdut ada tapi...”

Sunio tersingkir Mic ON! minggu kesembilan.

PERJUANGAN Sunio di pentas program realiti nyanyian terbitan Awesome TV, Mic ON! berakhir apabila dia diumumkan tersingkir pada minggu kesembilan yang bertemakan 'Dangdut'.

Sunio yang menyanyikan Lagu Hits Untukmu nyanyian asal Syamsul Ghau Ghau mendapat markah yang terendah sekaligus tersingkir dan tidak layak meneruskan saingan dalam pertandingan tersebut.

Juri tetap Datuk M Nasir memuji persembahan Sunio, namun berpendapat vokal nyanyiannya tidak sesuai dengan lagu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib tak menyebelahi Habib, tersingkir di minggu keenam 'Mic ON!'

Manakala Mas Idayu pula berkata permarkahan yang diberikan berlandaskan kepada persembahan sahaja dan meminta Sunio berhati-hati ketika menyampaikan nyanyian.

"Pemarkahan dapat membantu daripada segi persembhan hiburan sahaja. Hentakkan dangdut ada tetapi cara lontaran harus dijaga," komen Mas Idayu.



Sunio diumum tersingkir selepas terima markah terendah.

Dengan penyingkiran Sunio yang merupakan anak didik pelawak Ropie, kini tinggal tujuh peserta masih lagi meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran juara Mic ON! musim pertama terbitan Awesome TV.

Mereka yang masih bertahan ialah Qmir, Meerlyn, Azmi, Jiwa, Herman, Ainnur dan Aaron.

M Nasir dan Mas Idayu selaku juri Mic ON!.

Untuk membantu para peserta sepanjang program ini, mereka diberi pengurus untuk membantu daripada segi kreativiti persembahan iaitu Shuk, Ropie dan Fad Bocey.

Program yang dihoskan oleh pengacara Nana Mahazan itu bersiaran pada setiap Jumaat pukul 9 malam di Awesome TV, saluran 112, MyTV.

Siaran ulangan boleh ditonton di laman sesawang rasmi Awesome TV, www.awesometv.my dan penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic ON! melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain