suria

Bukan tahun untuk bercinta, Naim Daniel anggap Iman Troye macam adik - “Saya nak fokus kerjaya dahulu”

Naim Daniel anggap Iman Troye macam adik sendiri.

JIKA sebelum ini Naim Daniel pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baharu, Sasha Abedul dan rapper Bungaisme, kali ini penyanyi lagu Sembah itu didakwa pula sedang bermain cinta dengan penyanyi Iman Troye.

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan penyanyi lagu Teman itu sebaliknya hanya berkawan baik dengan gadis berusia 18 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel kemalangan, hilang kawalan selepas langgar ‘divider’ - “Rahang rasa terkehel, nak bercakap pun sukar”

"Saya dah anggap Iman macam adik sendiri lagipun dia masih muda lagi. Kami memang dah lama kenal sejak dia cover lagu Sumpah beberapa tahun lalu dan dari situ kami mula following satu sama lain di Instagram.

"Saya tak tahu kenapa mesti nama saya akan dikaitkan dengan artis-artis yang nampak rapat dengan saya, sedangkan kami memang tiada apa-apa hubungan istimewa pun.

Naim juga pernah digosipkan dengan pelakon baharu, Sasha Abedul.

"Saya memang seorang yang senang berkawan dengan sesiapa pun," katanya kepada mStar.

Saya dah anggap Iman macam adik sendiri lagipun dia masih muda lagi.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Naim turut menjelaskan tahun 2021 dia mahu lebih fokus dalam kerjayanya memandangkan dia bakal menerbitkan album pertamanya pada pertengahan tahun ini.

"Soal cinta bagi saya kalau ada, adalah.. Wanita idaman saya pula asalkan dia bukan perempuan jadian, saya okay dah (berseloroh).

Naim mahu fokus kerjaya untuk tahun 2021.

"Bukan tak nak bercinta sebab takut peminat lari ke apa, sebaliknya saya memang nak fokus pada kerjaya dahulu memandangkan saya akan keluar dengan album baharu selepas hari raya tahun ini," ujarnya.

Naim dan Iman dikatakan mempunyai hubungan istimewa selepas penyanyi lagu Purnama itu memuat naik gambarnya bersama Iman di laman Instagram miliknya.

Peminat Naim beranggapan dia kini sedang bercinta dengan Iman berikutan keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti tersebut di laman sosial masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain