suria

Shuib jalani pemeriksaan mental setiap minggu, bimbang kesihatan terjejas rindukan Allahyarham Siti Sarah

Shuib bersyukur emosi anak-anak masih terkawal.

HAMPIR tiga bulan pemergiaan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal.

Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersyukur melihat keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib tak tahu sedang didekati selebriti wanita, serah soal jodoh pada Allah - “Kadang-kadang terfikir perasaan arwah di sana”

"Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.

"Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.

Shuib 2Shuib merindui isterinya, Siti Sarah.

"Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara.

"kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa," katanya kepada mStar.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua

SHUIB

PELAWAK

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat, untuk berkongsi perasaannya.

Dedah Shuib yang masih lagi mengambil tempoh berehat, dia sudah lima bulan tidak masuk ke pejabatnya dan dua bulan tidak bekerja.

Shuib 1Shuib bawa anak-anak ziarah kubur arwah ibu mereka.

"Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua saya, saya hanya boleh pergi ke kubur dan berkongsi dengannya.

"Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.

"Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

"Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya," ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain