suria

Penyanyi rap baharu, Fhan harap kehadiran dalam industri muzik tidak dipandang rendah

Fhan kini muncul dengan dua buah lagu berjudul Walk Away dan Nitro.

PENYANYI rap baharu, Farhan Alias atau nama panggilannya Fhan berkata mempunyai bakat tersendiri untuk berada dalam industri hiburan.

Dia berharap kehadirannya sebagai pendatang baharu disokong komposer dan penulis lirik serta tidak dipandang rendah.

"Secara peribadi, komposer atau penulis lirik terkenal perlu mempercayai potensi seseorang penyanyi sebelum bekerjasama.

"Bukan memandang rendah terhadap pengalaman kita. Kalau mereka rasa saya tiada potensi, mungkin lupakan saja niat untuk bekerjasama.

Dua single itu berkisarkan perjalanan dalam industri dan bisnes yang saya ceburi.

FHAN

PENYANYI RAP

"Saya percaya setiap manusia ada potensi masing-masing," jelasnya yang kini tampil dengan dua buah lagu berjudul Walk Away dan Nitro.

Lagu Walk Away merupakan hasil ciptaan komposer Mingaling, Madebyartin, Imgkay dan penulis lirik oleh Amir Hasan.

Dalam pada itu, Fhan memberitahu dia sentiasa mementingkan mesej yang hendak disampaikan dalam sesebuah lagu.

Kongsi Fhan, dua buah single terbaharunya itu mengisahkan perjalanannya dalam industri serta peniagaan yang diceburinya.

Fhan 2Fhan mahu pendengar memahami mesej yang ingin disampaikan dalam lagu.

"Bagi saya, yang penting saya dapat sampaikan mesej dalam setiap lagu tersebut kepada semua pendengar. Dua single itu berkisarkan perjalanan dalam industri dan bisnes yang saya ceburi.

"Selain itu saya selitkan pelbagai cabaran dan ragam manusia yang pernah saya jumpa. Konklusinya biar kita sendiri berjuang untuk sampai ke puncak," ujarnya.

Fhan mula aktif dalam dunia muzik sejak tahun lalu dengan kemunculan single berjudul Terbang Tinggi, Bertahan serta Terang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain