suria

PU Syed tegur Iqbal pijak duit, bimbang makin jauh daripada adab mengikut Islam

PU Syed menegur tindakan memijak duit adalah tidak beradab.

TINDAKAN beberapa selebriti muda yang tanpa segan silu menjadikan wang kertas sebagai bahan gurauan di media sosial mengundang rasa kurang senang banyak pihak kerana dianggap tidak sensitif.

Tampil menegur perbuatan berkenaan, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Al Yahya berkata perkara itu ada hubung kait dengan adab seseorang.

"Seperti isu baru-baru ni iaitu ada selebriti yang memijak duit walaupun dia kata itu duit palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah nak pulangkan RM1,000 kepada Iqbal, tak terima sedekah selepas tonton aksi pijak duit

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan dilembukan orang"... PU Syed minta polis siasat tuduhan melampau Suhaimi Saad

"Hakikatnya palsu ataupun tidak palsu, netizen akan melihat perkara ni sebagai satu benda yang tidak baik dan tidak sihat.

"Duit adalah lambang kemuliaan. Menurut Islam harta benda adalah satu perhiasan dalam kehidupan di dunia, Islam juga meletakkan adab," katanya ketika dihubungi mStar.

bahran iqbal duit

Selain Iqbal, netizen turut menegur tindakan Ariff Bahran.

Beberapa hari lalu media sosial kecoh dengan tindakan usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli memijak wang kertas yang dilihat bertaburan di atas lantai.

Video perbuatan penyanyi lagu Hujan itu dikongsikan penyanyi Ariff Bahran di TikTok.

Malah Bahran sendiri turut dikecam kerana aksinya mencampak wang kertas yang sama kepada penyanyi Beby Acha turut tular di media sosial.

Bagaimanapun Iqbal dan Bahran berkata wang berkenaan adalah palsu dan ia digunakan sebagai prop kandungan video.

Sudah jadi trend... semakin orang kecam makin seseorang tu anggap diri dia popular.

PU SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

Dalam pada itu PU Syed turut menegur mengenai budaya suka mempamerkan kemewahan seperti yang kerap dilihat di media sosial.

"Apabila kita memiliki harta, yang pertamanya tidak boleh kita menunjuk-nunjuk harta yang kita ada.

"Tunjuk ni bermaksud kita rasa gah diri dan boleh buat apa saja yang kita suka, itu juga satu adab yang tidak baik.

"Siapa yang buat satu jalan yang buruk ia akan dapat dosa dan orang yang ikut perbuatan dia juga akan dapat dosa," katanya.

BAL

Terdahulu Iqbal dikecam kerana memuat naik konten video pijak duit.

Berhubung isu sikap pengguna media sosial yang suka mencetuskan publisiti murahan demi meraih populariti, PU Syed mengakui ia cukup membimbangkan.

Katanya budaya berkenaan adalah salah dan tidak sihat.

"Sekarang ni ramai buat content yang mengaibkan. Aib daripada sudut ni maksudnya kehilangan jati diri, hilang adab dan tatasusila semata-mata untuk content.

"Sudah jadi trend... semakin orang kecam makin seseorang tu anggap diri dia popular. Ini adalah satu sikap yang tidak betul, macam kita ni dalam zaman yang terbalik dah.

"Perkara tak betul dijadikan trending dan yang betul dijadikan salah, ini adalah satu kesilapan. Jangan anggap populariti tu satu yang sangat seronok," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

PU Syed, Iqbal, pijak duit, dmi content

Artikel Berkaitan

Artikel Lain