suria

Bermula dendam akhirnya jatuh cinta… gandingan mantap dua pelakon terkenal dalam ‘Sweet Sin’, drama siri Thai popular hanya di Viu

Saksikan gandingan mantap pelakon popular Thailand ini dalam drama Sweet Sin.

DRAMA siri Sweet Sin yang menampilkan gandingan mantap Pon Nawasch Phupantachsee dan Bua Nalinthip Sakulongumpai. Pastinya ia menjadi siri yang ditunggu-tunggu peminat drama Thailand.

Drama 24 episod ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang taksub membina empayar sehingga isterinya meninggal akibat patah hati kerana terabai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta dan perpisahan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong dalam ‘Now, We’re Breaking Up’... saksikan di Viu November ini!

Anak lelaki tunggalnya Pete lakonan Pon Nawasch Phupantachsee tidak suka cara kehidupan bapanya yang mengabaikan ibunya, dia cuba mencari cinta sejati.

Keadaan dia membesar telah mengubah dirinya menjadi seorang pemuda yang dingin dan tidak berhati perut.

sweet

Sweet Sin mula ditayangkan di Viu pada 26 Oktober.

Pete kemudian ditakdirkan bertemu dengan seorang gadis bernama Kew (Bua Nalinthip Sakulongumpai) dan mula jatuh cinta.

Bagaimanapun, kehidupan Pete berubah apabila ayahnya membawa pulang wanita baharu Sa yang juga ibu kepada Kew.

Cinta Pete mula bertukar menjadi benci selepas mendapat tahu ibu Kew adalah perempuan simpanan bapanya.

Pete membenci bapanya dan ingin membalas dendam terhadap Kew iaitu anak angkat bapanya yang sah dan anak wanita yang dia anggap perempuan simpanan bapanya.

Pete sebenarnya bukan abang kepada Kew, mereka mempunyai ayah biologi yang berbeza.

Pete berazam untuk membalas dendam terhadap Kew, wanita yang pernah dicintainya.

Namun semakin dekat dengan wanita itu, semakin tidak dapat menafikan perasaan sebenar mereka.

Dapatkan Pete membalas dendam terhadap orang yang dicintainya? Apa pula terjadi kepada cintanya terhadap Kew? Saksikan drama dendam romantik komedi ini bermula 26 Oktober hanya di Viu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain