suria

Kisah cinta penuh tragedi, dapatkah Kimhan kecapi bahagia bersama Mook dalam Irresistible… saksikan secara eksklusif di Viu

Dapatkah dua hati ini bersatu selepas pelbagai halangan?

KISAH cinta penuh halangan dan tragedi yang dipaparkan menerusi Irresistible nampaknya semakin mendapat perhatian dan ditunggu-tunggu peminat-peminat drama Thailand.

Drama romantik 22 episod ini dilakonkan oleh aktor tampan Lee Thanat dan Aom Sushar boleh ditonton secara eksklusif di platform streaming Viu hanya selepas tiga ditayangkan di stesen televisyen.

Naskhah arahan Golf Tanwarin ini lebih berfokus kepada kisah pasangan yang berdepan halangan disebabkan hal peribadi antara keluarga mereka.

Tragedi bermula dengan pembunuhan kakak Kimhan yang baharu sahaja bertunang Mookarin sekaligus menghalang kebahagiaan yang sepatutnya mereka kecapi.

Apa yang mengejutkan kematian kakak Kimhan iaitu Wi didakwa telah dibunuh oleh suami mendiang iaitu Thada yang juga abang kepada tunang Kimhan iaitu Mook.

thailand

Kisah cinta Kimhan dan Mook terhalang.

Kimhan sangat marah kerana pembunuh adiknya kini bebas. Dia nekad untuk membalas dendam dan menghukum Thada dengan tangannya sendiri.

Dia mula menganiaya Thada dan memutuskan pertunangannya dengan Mook.

Dia menimbulkan banyak kesakitan kepada Thada, Mook dan orang lain yang tidak bersalah.

Biarpun masih berdendam Kimhan dan Mook tidak dapat melupakan cinta mereka satu sama lain.

Mereka dipenuhi dengan perasaan cinta, benci, balas dendam dan kesetiaan yang saling bertentangan ketika mereka, dan orang-orang di sekitarnya, terjebak dalam pusaran balas dendam Kimhan.

Dapatkan Kimhan akhirnya membalas dendam? Bagaimanakah perasaan cintanya terhadap Mook? Saksikan kesudahan drama ini setiap Selasa dan Rabu eksklusif di Viu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain