suria

[VIDEO] Ruhaines nampak macam tak pakai seluar, dituduh tak malu menari dengan abang ‘delivery’ - “Sebab suntingan nampak warna seluar berbeza”

Video Ruhainies memakai seluar seakan-akan warna kulit menerima teguran daripada netizen.

GARA-GARA berjoget sakan dengan pekerja penghantar barang di aplikasi TikTok, pelakon Ruhainies dikecam netizen yang menganggapnya terlalu seksi seperti tidak memakai seluar.

Semuanya gara-gara seluar ketat dipakainya dilihat hampir sama dengan warna kulit selain baju yang dipakai agak singkat pada paras bontot.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu suntik picagari kosong, Ruhainies kecewa kecuaian petugas di PPV - “Semua orang ada hak untuk rakam, bukan selebriti saja”

Namun Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menjelaskan hasil suntingan video menyebabkan ia kelihatan seksi.

Ruhainies 1

Ruhainies tampil menjelaskan mengenai seluarnya yang didakwa warna kulit.

"Sebenarnya warna seluar saya tu merah jambu... bukanlah warna kulit. Selama ini pun, penampilan saya tidak la terlalu seksi.

"Saya sendiri meletakkan had dalam setiap penampilan. Mungkin disebabkan suntingan video itu terang sehingga menampakkan warna seluar berbeza.

"Saya pun bukanlah seorang yang gemar berpakaian seksi. Bagi saya, kalau orang itu melihat secara negatif... jadi la negatif," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, video yang dimuat naik seorang fotografer menggunakan akaun @cameo_x memperlihatkan video Ruhainies menari bersama penghantar barang menerima kecaman netizen apabila dianggap memalukan kerana terlalu seksi.

Insya-Allah selepas ini saya akan lebih peka dalam pemakaian.

RUHAINIES

PELAKON

Menerusi video itu, Ruhainies yang berada di rumah memakai seluar seakan-akan warna kulit menari sakan di halaman rumah dipercayai sedang menjayakan sebuah video iklan produk dengan kapsyen 'pandai tak abang J&T tu menari dengan Runainies? Tengok sampai habis'.

Bagaimanapun, video di TikTok tersebut sudah dipadam oleh pihak berkenaan selepas menerima kecaman netizen.

Dalam pada itu, Ruhainies memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang selesa melihat video tersebut serta akan lebih peka dalam soal pemakaian di masa akan datang.

Ruhainies 2

Ruhainies akan lebih peka dalam soal pemakaian.

Ruhainies memberitahu dia juga akan sentiasa menerima secara terbuka kritikan dan teguran yang baik untuk dirinya.

"Saya minta maaf sekiranya perkongsian video itu membuatkan segelintir pihak berasa kurang selesa. Insya-Allah selepas ini saya akan lebih peka dalam pemakaian.

"Sejujurnya, saya tidak marah malah saya menerima semua teguran dan nasihat yang baik-baik untuk saya. Apa yang baik, saya terima.

"Cuma, janganlah guna bahasa kesat atau kasar apabila ingin menegur. Kita sesama manusia, gunalah bahasa yang lebih elok dalam teguran atau nasihat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain