suria

“Mati ke kalau you all tangguhkan sekejap balik kampung tu?” - Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘lockdown’ di kampung

Catriona Ross kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri sendiri.

PELAKON Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar kesesakan di lebuh raya utama negara seperti yang tular pada pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

"Saya marah sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

"Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan sesak.

"Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua," katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Catriona di Instagram.

Terdahulu, Catriona memuat naik video di Instagram meluahkan perasaan geram atas sikap sesetengah rakyat Malaysia yang pentingkan diri sebelum lockdown bermula di seluruh negara 1 Jun ini.

Catriona berkata dia memahami sekiranya sesetengah daripada mereka benar-benar terdesak mahu pulang ke kampung halaman, namun dia kesal sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan kebenaran polis untuk tujuan itu.

"Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada polis, MITI, saya faham itu... tapi yang jadi persoalan saya mati ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik ke kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

CATRIONA ROSS

PELAKON

"Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai-ramai yang bersesak nak balik ke kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi 'carrier' Covid-19 sebab varian sekarang memang tidak ada simptom.

"Walaupun mereka yakin tiada apa-apa, kemungkinan itu tetap ada sebab kita ada Kluster Aidilfitri pun disebabkan perkara macam inilah apabila ramai berduyun-duyun balik kampung masa hari raya dua minggu lalu," ujarnya.

Highway sesak sebaik kerajaan umumkan total lockdown.

Dalam pada itu, Catriona juga tidak menyangka video yang dikongsikannya itu turut mendapat perhatian para doktor dan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menghasilkan video kesedaran tersebut.

"Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

"Kesianlah pada mereka yang dah penat berkorban untuk kita semua... mereka cerita kalau dah pakai PPE (pakaian perlindungan diri), memang tak boleh kalau nak buang air pun mereka kena tahan sampai habis syif dengan berpeluh-peluh lagi.

"Sedih saya dengar cerita mereka... takkanlah kita nak tambahkan lagi angka kes Covid-19 negara kita," katanya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Catriona berkata sekarang bukan masanya untuk rakyat Malaysia menuding jari meletakkan kesalahan kepada satu-satu pihak sebaliknya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu sama ada kita adalah rakyat yang bertanggungjawab ataupun tidak.

"Sekarang kita semua kena tengok pada diri sendiri, tak perlu saling nak tuding jari pada mana-mana pihak.

"Kalau ada selebriti buat salah, anda kecam mereka macam hari dah nak kiamat. Saya cakap ini bukan sebab nak bela golongan artis, sebab bagi saya yang mana salah tetap salah.

"Cumanya sekarang, saya harap kita jadilah rakyat yang bertanggungjawab... kalau anda tak nak ahli keluarga meninggal dunia kerana Covid, please just stay at home," luahnya.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan total lockdown selama dua minggu bermula 1 Jun ini bagi mengekang penularan Covid-19 yang sudah pun mencecah jumlah kes tertinggi dalam negara iaitu sebanyak 9,020 pada Sabtu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain