suria

Dipuji vokal hebat tapi kewujudan Hariz Fayahet masih tidak disedari, 4 tahun usaha tunjuk bakat

Hariz bangkit selepas terima sokongan keluarga, rakan artis dan peminat.

PENYANYI Hariz Fayahet mengakui pernah berkecil hati apabila kewujudannya dalam industri muzik seakan-akan tidak disedari oleh masyarakat.

Pernah hampir berputus asa, Hariz, 28, bagaimanapun berkata dia kembali bangkit selepas menerima kata-kata semangat daripada keluarga dan rakan artis.

"Tipulah kalau kata tak berkecil hati... bayangkan empat tahun saya berusaha untuk kembangkan karier nyanyian tapi masih belum ditahap yang membanggakan. Macam-macam saya buat untuk bagi orang nampak bakat saya ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz dapat RM25,000 juarai BRTM2018 dan menang vokal terbaik

"Walaupun perjalanan agak sukar tapi saya tak mahu berputus asa, Alhamdulillah saya dapat sokongan keluarga dan terus berusaha serta berdoa.



Hariz tidak akan putus asa tunjuk bakat dalam industri muzik.

"Sebelum ini pun ada yang bandingkan saya dengan penyanyi baharu yang dikatakan lebih popular walaupun tak ada vokal bagus... bagi saya ini semua soal rezeki, mungkin rezeki mereka sampai dahulu dan rezeki saya akan menyusul," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai tindakan segelintir netizen yang memberikan kritikan secara terbuka kepada penyanyi baharu yang dikatakan tidak memiliki bakat, Hariz berkata dia menjadikan teguran itu sebagai kritikan positif.

Kalau ada buat kesilapan semasa nyanyian tak perlu malu... sebab setiap orang akan lakukan kesilapan sebelum berjaya!

HARIZ FAYAHET

PENYANYI

Tambah juara program nyanyian Bintang RTM 2018 (BRTM2018) ini, penyanyi baharu seharusnya menjadikan komen itu sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit menunjukkan kemampuan diri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau netizen tegur itu janganlah kecil hati... anggap mereka tegur untuk kebaikan. Penyanyi baharu kena ambil kata-kata netizen itu sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.



Hariz cari peluang kembangkan bakat nyanyian.

"Terus berusaha supaya orang lebih nampak bakat kita! Kalau ada kekurangan pada diri kenalah diperbaiki... buktikan kita mampu dan mempunyai bakat untuk berada dalam bidang ini.

"Kalau ada buat kesilapan semasa nyanyian tak perlu malu... sebab setiap orang akan lakukan kesilapan sebelum berjaya," ujarnya yang turut memenangi anugerah vokal terbaik BRTM2018.

Dalam perkembangan lain, Hariz kini sedang mempromosikan single terbaharu berjudul Lemas.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Yusof Dawson itu boleh didengari menerusi saluran YouTube Blue Pen Creative.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain