suria

Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong menggigil selepas disahkan positif Covid-19

Francisca kongsi pengalamannya dijangkiti Covid-19.

MISS Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James berkongsi detik mencemaskan apabila diuji positif Covid-19 dan pengalamannya sepanjang proses penyembuhan daripada jangkitan virus itu.

Meskipun sudah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) Francisca tidak menyangka dirinya masih dijangkiti oleh wabak tersebut, namun dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka

"Saya berjaya mengharungi Covid-19. Apabila saya menerima keputusan, saya sedar ia adalah kesilapan sendiri. Saya dah lakukan segala-galanya. Saya pakai pelitup muka, basuh tangan tapi ia tetap berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar menggigil kerana terlalu panik selepas disahkan positif Covid-19 - “Saya susah nak bernafas walaupun tiada asma”

"Perkara terbaik adalah untuk menerima dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) tentang apa perlu dilakukan seterusnya," katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Sementara itu, gadis berusia 25 tahun ini berkata dia menggigil selepas dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringan itu kerana tidak mengetahui tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan.

Saya baca semua mesej anda, saya menjalani kuarantin dua minggu lalu dan sekarang mengasingkan diri untuk beberapa hari lagi!

FRANCISCA LUHONG

MISS UNIVERSE 2020

"Saya terus hubungi ibu dan bapa. Sebenarnya saya takut untuk maklumkan sebab tahu bagaimana bimbangnya mereka nanti (mereka betul-betul risau dan saya minta maaf).

"Namun mereka berjaya menenangkan saya dan meminta saya mengikuti SOP serta memaklumkan Elaine Daly (Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia).

"Amat menakutkan untuk ambil keputusan kerana saya memang okey, semua baik, tiada demam cuma sakit belakang sedikit dan selesema. Selain itu semuanya baik-baik saja, ” katanya yang menjalani kuarantin kendiri kerana tiada sebarang gejala.



Perkongsian Francisca di Instagram.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini memohon maaf kepada peminat kerana tidak mendedahkan perkara tersebut sebelum ini.

"Saya tahu saya banyak berdiam diri sejak kebelakangan ni. Saya baca semua mesej anda, saya menjalani kuarantin dua minggu lalu dan sekarang mengasingkan diri untuk beberapa hari bagi memastikan semuanya baik.

"Saya sudah memaklumkan semua kontak rapat saya dan mereka sudah menjalani saringan yang kemudian disahkan negatif. Saya juga membuat ujian sekali lagi selepas 10 hari kuarantin kendiri dan keputusannya negatif.

"Saya sihat hari ini dan terima kasih untuk mesej positif, sokongan dan doa kalian. Bukan cara yang baik untuk memulakan tahun ini tapi setiap cabaran akan menguatkan minda, tubuh dan jiwa," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain