suria

Ibu mentua Ako Mustapha meninggal dunia akibat Covid-19

Ako maklumkan ibu mentua meninggal dunia akibat virus Covid-19.

PELAKON Ako Mustapha berkongsi berita duka apabila ibu mentuanya dikenali Hajah Santanina menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi laman Facebook, Ako atau nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, memaklumkan Santanina meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

"Assalamualaikum dimaklumkan bahawa mak mertua saya Hajah Santanina telah kembali ke Rahmatullah hari ini di HKL disebabkan virus Covid-19, ” tulisnya di laman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ako Mustapha ke ni? Nyaris tak kenal!

Rata-rata pengikut turut bersimpati dengan perkhabaran itu dan mendoakan supaya Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Perkongsian Ako di Facebook pada petang Khamis.

"Salam takziah Ako dan isteri Tina Mustapha serta seluruh ahli keluarga. Tabahkan hati dan semoga roh arwah bersama orang-orang beriman, ” komen pengikut.

Pada April 2019, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mertuanya berada dalam tahap kurang baik sehingga dimasukkan ke hospital.

"Doa saya bersama mak mertua... Semoga Allah SWT berikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan semuanya buat keluarga isteri saya, ” katanya.

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain