suria

Aeril Zafrel disahkan positif Covid -19 selepas jaga pengurus demam - “Kebiasaannya aku jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni”

Aeril melakukan ujian calitan selepas menjaga pengurus yang demam.

SELEPAS beberapa selebriti antaranya pelakon Shima Anuar, Emma Maembong dan vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza, kini pelakon Aeril Zafrel pula mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari memberitahu dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan pada Selasa selepas menziarahi dan menjaga pengurusnya yang mengalami demam sejak Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel beri 5 sebab padam komen peminat, ‘melenting’ drama Melayu dikritik asyik tunjuk kisah orang kaya projek berjuta

Bagaimanapun selepas menerima keputusan dirinya dan pengurus positif pada Rabu, pelakon berusia 33 tahun ini terus meminta ahli keluarga serta pekerja yang bertemu dengannya untuk melakukan ujian calitan.

Aeril kongsi video dia melakukan ujian calitan.

"Malam tadi aku mendapat perkhabaran aku positif Covid-19. Hari Isnin, aku pergi ke rumah pembantu peribadi/ pengurus aku sebab dia demam. Aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.

"Jadi sebab hari pun dah lewat, aku ambil keputusan untuk tidur sana. Esoknya aku angkut dia pergi klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan aku. Lepas itu aku jumpa staf untuk briefing launching virtual online produk hujung bulan ni dan aku balik rumah terus.

"Rabu... keputusan keluar dan aku serta pengurus positif. Terus aku panggil petugas klinik buat swab test untuk keluarga dan staff aku sebab ada jumpa mereka. Swab test kesemua mereka negatif dan masih menanti result PCR pula. Doakan negatif juga," katanya.

Hari Isnin, aku pergi ke rumah pengurus aku sebab dia demam.

AERIL ZAFREL

PELAKON

Pelakon drama siri Tercipta Satu Ikatan ini berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video memperlihatkan dia melakukan ujian calitan di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan agar suami kepada pelakon Wawa Zainal dan pengurus peribadinya itu cepat sembuh serta bebas daripada wabak tersebut.

Dalam pada itu, Aeril memberitahu biarpun dia kini menjalani kuarantin kendiri di bilik atas kediamannya namun tetap ingin melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh 10 hari.

Aeril berharap keputusan ujian calitan isteri dan anak-anak negatif.

"Sekarang aku self-quarantine dekat bilik atas, nak isi masa 10 hari ni dengan macam-macam aktiviti kat bilik... doakan guys. Sekarang pengurus aku itu dah recover and tak demam lagi. Tapi tetap self-quarantine," ujarnya.

Aeril mendirikan rumah tangga dengan Wawa Zainal pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 serta Aya Soffya kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain