suria

Ibu Sandra Dianne sudah 'move on', jual baju T dan buku nota untuk saham akhirat arwah - “Ujian ini membuatkan saya lebih dekat dengan Allah”

Nur Syakinah kini lebih tenang atas berkat doa daripada ahli keluarga serta peminat arwah Sandra.

SELEPAS empat bulan berlalu, ibu kepada penyanyi Sandra Dianne mengakui semangatnya kini sudah kembali kuat atas berkat doa daripada ahli keluarga dan peminat arwah anak perempuannya.

Biarpun Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria sudah tiada, namun Syakinah, 45, tetap mahu melakukan sesuatu untuk saham akhirat buat Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu terakhir Sandra Dianne tentang kisah cinta Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

Menurut Syakinah yang menetap di Sabah, dia ada menjual baju T dan buku nota di laman sosial dan hasil jualan tersebut disedekahkan kepada pihak tertentu untuk tujuan wakaf.



Individu disebalik kain membawa watak sebagai Sandra dengan baik.

"Alhamdulillah... saya dah move on dan bersyukur sebab ramai orang di sekeliling yang memberi semangat terutama ahli keluarga dan peminat arwah Sandra.

"Berkat doa semua orang. Peminat arwah tidak berhenti tanya khabar dan beri semangat di laman sosial. Ujian ini membuatkan saya lebih dekat dan sentiasa ingat Allah.

"Saya ada buat beberapa perancangan untuk bekalan arwah. Setakat ini, ada menjual baju t shirt dan notebook arwah di laman sosial dan hasil jualan tersebut dibuat sebagai wakaf," katanya kepada mStar.

Syakinah berkongsi perkara tersebut ketika sesi pelancaran video muzik lagu terbaharu arwah anaknya berjudul SANDRA secara maya pada Rabu.

Saya tak boleh fokus tempat lain, hanya fokus kepada dia sebab membayangkan arwah masih ada.

NUR SYAKINAH

IBU KEPADA ARWAH SANDRA

Dalam pada itu, Syakinah turut memuji individu yang membawa watak sebagai Sandra dengan baik sehingga dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir disebabkan terbayang arwah anak perempuannya masih ada.

Syakinah juga mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui Sandra sudah menunaikan hasratnya untuk membawa lagu genre R&B soul yang pertama kali dinyanyikan oleh Allahyarham.

"Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada individu yang membawa watak Sandra dalam video muzik tersebut. Dia berjaya membawa watak arwah dengan baik.



Sandra meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan pada September tahun lalu.

"Lengong badan dan cara dia libas rambut itu seolah-olah memang arwah. Saya tak boleh fokus tempat lain, hanya fokus kepada dia sebab membayangkan arwah masih ada.

"Sebenarnya saya agak terkejut sebab arwah tak pernah nak bawa genre lagu seperti itu. Tapi saya pernah suarakan hasrat untuk arwah bawa lagu genre itu. Tak sangka arwah tunaikan hasrat saya dalam diam," ujarnya.

Sandra yang juga bekas peserta Big Stage 2020 a meninggal dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September tahun lalu, Allahyarham terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain