suria

Mahu jadi penyampai Suria FM? Ini masanya anda tonjolkan bakat terpendam!

Pencarian penyampai radio hujung minggu di Suria FM kini bermula.

PELUANG keemasan buat sesiapa yang menyimpan cita-cita untuk menjadi penyampai radio di Suria FM.

Stesen radio berkenaan kini mencari mereka yang mempunyai bakat terpendam dan layak untuk menjadi penyampai hujung minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM bawakan Playlist Pilihan penyanyi kegemaran anda! Sertai slogan untuk lagu pilihan anda dimainkan

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, pihaknya membuka peluang kepada mereka yang berbakat dan kreatif sebagai penyampai radio.

"Suria FM ingin mencari bakat baharu yang kreatif untuk menjadi penyampai hujung minggu di Suria FM. Selain itu, mahu memperdengarkan suara-suara baru dan unik ke udara di corong radio," katanya.

Kepada mereka yang berminat boleh menghantarkan resume dan demo rakaman suara ke info @suria.my dan berpeluang untuk ke udara di segmen hujung minggu Suria FM.

Kriteria yang dicari seperti di bawah:

1. Berusia 18 hingga 35 tahun

2. Warganegara Malaysia

3. Mempunyai personaliti menarik, petah bercakap dan kreatif

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain