suria

“Aku akan terus dukung namamu hingga ke syurga dan menjadi bidadarimu” - Tidak ziarah kubur Abam tak bermakna Hidayah lupa

Hidayah akan membesarkan Hamzah menjadi anak yang soleh.

KEHILANGAN suami tersayang hampir setahun lalu tidak mematahkan semangat balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 29, yang terus berjuang membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah al-Juffrey.

Hidayah berkata, biarpun kini bersendirian, dia tetap ditemani semangat Allahyarham dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap lapan bulan pemergian Abam Bocey, Nor Hidayah akui kehidupan sukar tanpa suami - “Sayang pegang semua amanat abang menjaga anak kita”

"Kekuatannya, keberaniannya dan semangatnya ku pinjam... Ku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayatku masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya," katanya.

Hidayah meluahkan perasaanya sempena hari jadi ke-33 arwah Abam pada Selasa.

Sementara itu, Hidayah berkata, dia sentiasa mengirimkan doa dan tidak pernah sesekali melupakan Allahyarham biarpun tidak mengunjungi pusara suaminya itu.



Hidayah masih terkesan dengan pemergian mengejut Abam tahun lalu.

"Tidak semestinya tidak pergi ke tempatmu (pusara), ku lupakan mu... Tidak, setiap masa, setiap saat dan setiap detik tidak pernah ku lupa.

"Akan ku selitkan namamu dalam doaku dan setiap sujudku. Al-Fatihah untukmu imamku, Syed Umar Mokhtar," ujarnya.

Dalam pada itu, Hidayah yang kini mengusahakan kedai makanan di Sabak Bernam, Selangor juga berjanji untuk menjaga dan membimbing anak mereka menjadi anak soleh yang akan sentiasa mendoakan arwah bapanya.

Tidak semestinya tidak pergi ke tempatmu (pusara), ku lupakan mu... Tidak, setiap masa, setiap saat dan setiap detik tidak pernah ku lupa.

HIDAYAH

BALU ALLAHYARHAM ABAM

"Syed Uthman Hamzah, harta yang tidak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh.

"Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu...

"Ku akan terus kuat dan teuskan perjuangan untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama," katanya.



Hidayah kini mengusahakan kedai makan di Sabak Bernam.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain