suria

Kembali jalani kehidupan berumah tangga, Noryn Aziz tak fikir soal anak - “Zuriat bukan keutamaan di kala usia sudah cecah 45 tahun”

Noryn Aziz tidak merancang untuk mendapatkan zuriat lagi.

KEMBALI memegang status isteri pada Oktober tahun lalu, penyanyi Noryn Aziz berkata dia tidak meletakkan keutamaan untuk memperolehi zuriat pada perkahwinan kali ini.

Menurut Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 45, buat masa ini dia dan suami mahu memberi fokus dalam membesarkan anak daripada perkahwinan terdahulu sebaik mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Noryn Aziz sempat kahwin sebelum PKPB, buat persiapan kurang 24 jam - “Keperibadiannya memikat saya”

"Mendapatkan zuriat bukanlah keutamaan saya dan suami di kala umur saya sudah mencecah 45 tahun.

"Saya dah ada seorang anak lelaki, Umar dan suami pun ada seorang anak perempuan yang berusia 20 tahun (hasil perkahwinan terdahulu suami)... jadi kami dah ada sepasang anak.

"Kalau boleh di usia begini, kami nak menjalani kehidupan yang lebih tenang dan fokus membesarkan anak-anak yang ada.

"Tapi, kita hanya merancang, rezeki Allah kita tak tahu kan," katanya kepada mStar.



Noryn Aziz berkahwin pada Oktober tahun lalu.

Noryn diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, 49, pada 13 Oktober tahun lalu di Damansara, Selangor.

Juara program Gegar Vaganza musim kelima itu juga berkata dia bersyukur dikurniakan suami yang memahami kerjaya seni yang sudah diceburinya sejak 25 tahun lalu.

Kalau boleh di usia begini, kami nak menjalani kehidupan yang lebih tenang dan fokus membesarkan anak-anak yang ada.

NORYN AZIZ

PENYANYI

"Saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami kerjaya seni saya, jadi bila saya nak bekerja itu semua perkara jadi mudah.

"Tiada sebarang tekanan atau masalah yang akan timbul sebab dia seorang yang memahami, Alhamdulillah," ujarnya.



Noryn Aziz dan anaknya, Raja Bariq Umar Shah.

Sebelum ini, Noryn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, namun berpisah pada 2018.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia tujuh tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain