suria

Emma Maembong hilang deria rasa dan bau, kuarantin di rumah kerana tiada simptom - “Kalau sakit kepala manja-manja... jangan kacau frontliner”

Emma dan suami terpaksa jalani kuarantin tanpa anak mereka yang tidak dijangkiti Covid-19.

SELEPAS disahkan positif Covid-19 pada Khamis lalu, pelakon Emma Maembong menerima pelbagai pertanyaan mengenai bagaimana dirinya dijangkiti wabak tersebut.

Emma menerusi laman Instastory berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca jangkitan tersebut namun mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan selepas suaminya mengalami sakit badan dan disahkan positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dan suami serta Aepul (Drama Band) disahkan positif Covid-19 - “Walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tak tahu ada atau tak virus itu”

Selain itu, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail ini turut menjelaskan persoalan netizen mengenai dirinya tidak dimasukkan hospital sebaiknya hanya menjalani kuarantin di rumah sahaja.



Antara soalan yang diberikan netizen untuk Emma.

"Ramai tanya soalan ini sampai Emma tak tahu nak jawab apa dah. Senang cerita, kita dah jaga dah semua benda, jaga SOP, pakai face mask dan santizer setiap masa tapi kalau nak jadi... jadi juga.

"Saya buat swab test sebab suami saya rasa nak demam dan sakit-sakit badan tapi saya tak ada simptom... tak ada demam tapi saya teruskan saja buat swab test juga sebab tak nak kita positif dan akan merebakkan virus itu.

"Ada juga yang pertikaikan kenapa saya tak admit di hospital. Sekarang ini memang positif tapi saya tak ada simptom, tak ada demam, sakit tekak dan boleh bernafas seperti biasa.

Kita alu-alukan hospital itu untuk orang yang betul-betul memerlukan.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

"Jadi, kalau tak ada simptom itu, kita boleh bergerak sendiri dan ambil ubat sendiri. Kita alu-alukan hospital itu untuk orang yang betul-betul memerlukan. Kalau setakat sakit kepala, demam satu hari, manja-manja... jangan kacau frontliner kita nak bantu orang yang lebih perlu," katanya.

Emma yang kini menjalani kuarantin bersama suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar di kediaman mereka sejak 10 hari lalu turut berkongsi keadaan dirinya yang hanya kehilangan deria rasa dan bau.

Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun ini berkongsi mengenai dirinya dijangkiti wabak tersebut selepas keputusan ujian calitan suaminnya positif menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis lalu.



Sebelum ini, Emma berkongsi video dia melakukan ujian calitan di rumahnya.

Dalam pada itu, Emma memberitahu anaknya iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia tiga bulan kini dijaga oleh dua orang kakaknya Coddy Maembong dan Beby Membong memandangkan putera sulungnya tidak dijangkiti.

"Kakak saya. Coddy yang menjagakan anak saya dan beby Maembong jadi ibu susuan dia. Alhamdulillah, saya ada kakak yang boleh tolong saya. Baby saya negatif tapi saya positif.

"Doktor kata kalau saya positif tak boleh pisahkan ibu dan anak sebab dia masih minum susu badan tapi saya masih rasa risau dan tak selamat. Jadi sebab itu saya minta tolong kakak saya yang jagakan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain